Khamis, 31 Mei 2012

She Is My Best Girl.


Assalamualaikum semuaaaa! Sihat? Dah makan? Mandi dah? Bagi yang bekerja tu , dah siapkan kertas kerja nak tunjuk dekat boss? Hahaha! Aku di sini sihat-sihat jeee. So far so baikk *OhMyEnglish*. Hm , aku harap korang semua pun sama yee. Jangan lupa , sesibuk mana pun kita , tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ni jangan pernah dipinggirkan.

Korang , cuba korang fikir , kalau kawan baik korang , dah pergi jauh. Jauh sangat-sangat dari korang :( Dia pergi jauh dari korang , dan waktu tu kita keseorangan. Takde siapa nak teman kita , nak ajak kita berborak , nak bergurau dengan kita , nak main mainan kegemaran dengan kita , nak keluar sama-sama dengan kita , nak main tarik-tarik rambut dengan kita. Apa perasaan korang?? Susah tahu tak , untuk kita lupakan sesuatu yang kita sayang , dan benda tu perlahan-lahan hilang dalam hidup kita. Seseorang atau sesuatu yang kita sayang , tanpa kita duga , tiba-tiba dah takde. Its not good :( Aku selalu bagitahu kawan-kawan aku , "Kalau kita berkawan , kita kena ikhlas. Bukan sebab dia berduit , berpangkat tinggi ataupun dia indah dari segi fizikal" 
Sampai sekarang , aku tetap ingat ayat tu lagi :(

Kalini , aku nak tulis pasal seorang kawan baik aku sendiri. Aku kenal dia dahlama. Banyak kenangan kitorang. Daripada manis , pahit , tawar , masin sampai takde rasa pun ada. Nama dia Lara. Dia seorang yang sangat baik , peramah , cantik , berbudi bahasa , memahami perasaan orang , sentitif dan ambil berat. Kehadiran dia dalam hidup aku , buat aku rasa happy sangat. Sebelum ni , kitorang hanya kenal dalam laman sosial jee. Dia selalu buat lawak dengan aku. Bila jumpa je , tak sah kalau tak bergurau. Tapi gurauan tu lah yang akan buat aku rindu dekat dia nanti :( Lara is a nice girl. Selama kitorang kenal , dia dah banyak tolong aku. Tak kisahlah pertolongan dia tu , kecik atau besar , tapi dia memang dah banyak tolong aku. Dia selalu nasihat aku , bagi aku semangat malahan dia selalu tolong aku kalau takde duit. 


"Lara , Red minta maaf kalau Red ada banyak buat salah dengan Lara. Lepas ni , kalau Red keluar , Red takdapat lepak dengan Lara dah. Red takboleh nak bergurau dengan Lara dah. Red mesti rindu Lara nanti. Kalau Lara takde kawan dekat sana nanti , Lara jangan sombong dengan orang. Ingat , bila kita dekat tempat orang , hormat adat resam dia , jangan sombong , jaga budi bahasa , senyum dengan semua orang okayy? Nanti kalau Lara ada budi , ramai orang nak berkawan. Jangan lupa solat. Red taknak Lara jadi sosial sangat dekat tempat orang tau. Jaga diri. Kalau ada orang jahat yang dekat dengan Lara , makesure Lara ada seorang kawan yang boleh jaga Lara. Yang boleh jaga Lara macam Red jaga Lara. Selama kita kenal , Lara dah banyak jaga Red , tolong Red semua. Red takkan lupakan semua tu. Red janji. Red akan ingat Lara sampai bila-bila.

Lara , lepas ni kalau Red keluar , Red takde kawan nak jalan sama-sama , nak teman Red dekat stesen Subang Jaya bila Red tunggu train. Nanti bila Red balik dari Sunway , Red sorang-sorang :( Dulu , Lara ada teman Red , tapi sekarang dah takde. Red takde tempat nak mengadu dah :( Red sunyi nanti. Kalau Red gelak , Red takde tempat nak menangis , kalau Red menangis , Red takde tempat nak gelak :( Lara tahu kan , kalau Red keluar je , Red mesti nak ada sorang kawan yang boleh teman Red pergi mana-mana? Tapi sekarang , rasanya dah takde kot. Red taknak nanti bila Lara dekat sana nanti , Lara dah ada kawan baru , dah ada kesenangan baru , dah ada pelajaran , Lara lupa dengan kawan-kawan Lara dekat KL. Kitorang taknak benda tu jadi Lara :( Ingat , setinggi mana pun kedudukan kita , kita tetap manusia dan manusia harus ada batas dalam setiap segi perkara sekalipun. Lara kena ingat , Red dan kawan-kawan dekat sini , mesti rindu dekat Lara. Red nak sangat , kalau ada kesempatan , kita study sama-sama. Tapi Red tak mampu nak buat semua tu. Red minta maaf :( Lara jaga diri dekat sana. Semua orang sayang Lara , dan Red sayangkan Lara sangat-sangat. Kalau Lara bergambar dengan siapa-siapa ke , Lara jangan lupa Red. Kita kan suka bergambar. Red nak Lara berjaya nanti. Lara jangan lupa makan , minum , tidur cukup tau. Jaga kesihatan"

Sekian~Assalamualaikum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan