Ahad, 27 Mei 2012

I Miss You And I Want To Tell You That , Missing You Is The Hardest Part In My Life Ever.


Assalamualaikum semuaaaa! Sihat? Macam mana dengan kehidupan sekarang? Bertambah baik? Bertambah buruk? Hm , bagi yang bertambah baik tu , kekalkan cara hidup anda. Manakala bagi yang bertambah buruk pulak , jangan berputus asa untuk mengubahnya jadi baik. Dalam dunia ni kita mampu melakukan semua perkara kecuali MATI. Wallahu'alam. Aku rindu kawan-kawan aku sebenarnya. Hubungan kitorang dah tak macam dulu dah :( Kitorang makin renggang. Ada pun , cuma kawan-kawan sekarang ni. Diorang semua baik dengan aku. Rapat dengan aku. Aku tak kisah apa orang nak ckp pasal kawan aku , asalkan aku tahu diorang kawan aku , dan diorang iklhas berkawan dgn aku dan diorang jugak tak menipu aku. Aminnn!!



*Buat Tarian Zapin Mak Minang , HipHop Pakai Kain Pelekat* Helloooo! Haa , korang nak tahu tak , sekarang ni hidup kita semakin lama , semakin tua . Dah semakin kita tua , semakin kita dekat dengan Maut. Masya-Allah , nyawa kita hanya Allah SWT sahaja yang boleh tarik. Selain daripada-NYA , takde sesuatu kejadian pun dalam alam semesta ni mampu menarik nyawa kita. Allah SWT Maha Berkuasa ke atas segala-galanya. Haih , dunia pun makin tua aku tengok. Manusia semakin rakus dengan hak keduniaan. Nak mengejar itu , nak mengejar ini. Na'zubillah! Aku sedih tengok hutan rimba yang tebal , bertukar menjadi padang jarak padan tekukur. Takde satu tumbuhan pun yang hidup. Manusia semakin kejam dekat dunia!!
Aku berharap , sebahagian besar daripada penduduk bumi , sedar bahawa dunia yang kita pinjam dari Allah SWT ni , makin di makan usia. 

Anyway , aku bukan nak cerita pasal dunia , hutan , sungai tercemar ke , atau apa-apa sahaja. Entry kalini agak sentimental dari yang sebelum-sebelum ni. Tujuan aku tulis Entry ni adalah untuk membuktikan bahawa , "As Long As We Love , We Still Have Hope". Aku adalah manusia macam orang lain. Aku perlukan udara untuk hidup , air untuk mengelak dehydration , angin untuk menyejukkan badan , ubat untuk menyembuhkan penyakit , perasaan untuk diluahkan , sekolah untuk aku menuntut ilmu , kawan-kawan untuk aku bersuka ria dan menghadapi susah-senang bersama , keluarga untuk aku dapat bimbingan moral , dan kasih sayang untuk aku rasa dihargai di dunia ni. Korang pun macam tu jugak kan? Kita semua sama kawan-kawan. Takde apa yang terlalu berbeza antara kita. Tapi dlm hal kali ni , aku nak luahkan perasaan aku yang dulunya bahagia dengan kasih-sayang , cinta yang menggunung tinggi kononnya , mahupun rindu yang tak pernah habis untuk di rasai. 

Aku selalu bagitahu diri aku "Aku takboleh paksa orang lain untuk sayang aku , dan aku takboleh paksa diri aku untuk sayang orang yang aku tak sayang" Sampai sekarang , aku masih gunkan ayat tu. Kalau aku duduk sorang2 dlm bilik , sambil dengar lagu , peluk Teddy Bear , aku terfikir "Kalau dalam dunia ni , kita takde siapa untuk disayangi , macam mana lah dunia ni kan? Mesti banyak berlalu huru-hara" Sebab tu lah , kalau aku keluar dgn kawan-kawan aku , aku jaga diorang elok-elok. Tak kisah kalau diorang nak buat apa yang diorang nak , tapi setiap perkara tu ada batasan. Sama lah mcm sabar. Manusia meman boleh bersabar. Yee , memang takdapat di nafikan lagi. Tapi kesabaran manusia ada batasnya. Kalau boleh aku taknak ada sorang pun kawan-kawan aku sedih. Aku nak tengok semua kawan-kawan aku happy.



Anyway , Entry kalini aku tujukan khas buat bekas kekasih aku dulu. Cerita ni dahlama dah , cuma aku baru nak cerita. Bukan aku taknak cerita pada mulanya , tapi aku perlukan masa untuk lupakan dia , dan semua kenangan kitorang dulu-dulu. Hm , dia seorang yang sangat baik. Dia peramah , memahami aku , tak memaksa , dan dia selalu buat aku gelak. Kitorang berkenalan di laman sosial. Biasalah kan , zaman sekarang ni , apa yang kita buat , kita fikir , kita tafsir atau apa-apa sahaja , semuanya berkaitan dengan hal dalam laman sosial ni. Dunia makin maju , minda manusia makin bertambah bijak. Pada mulanya , aku malu nak bertegur dengan dia dekat FB. Yee , bak kata orang , aku selalu STALK dia. Tengok gambar dia , baca semua post-post dia. Kalau ada orang post dekat wall dia , aku baca. Aku simpan gambar-gambar dia , aku buat satu folder khas untuk dia. Bahkan , bila aku rindukan dia , aku letakkan gambar dia sebagai wallpaper Lappy aku dan Handphone aku. Memang waktu tu , aku terlalu obses dengan dia. 


Makin lama aku stalk dia , makin aku sayang. Aku ni seorang yang cepat menyayangi orang. So , once I get into it , its hard for me to get rid of it. Bagi aku , dia seorang yang sangat baik. Waktu tu , kitorang dah bertegur lagi. Aku cuma teruskan agenda aku untuk terus men-STALK dia. Hahahaha! Adalah satu perkara wajib bagi aku untuk melakukan perkara yang sama setiap hari. Lama-lama tu , terdetik hati aku untuk tegur dia. Aku bukak online list , aku cari nama dia , aku tegur dia. Sebenarnya aku tak mengharap sangat untuk dia reply IM tu. Aku terus tutup chatbox dia. Aku buat kerja aku. Online macam biasa. Lepas tu , aku dengar bunyi IM dekat Facebook Tab. Aku bukak , dan dia BALASSSSSSSSSSSSSSSS!!!!! Ya Allah , betapa gembiranya aku waktu tu! Aku taktahu nak cakap apa waktu tu. Aku terlalu gembira sampai aku melompat-lompat sehinggakan lutut aku berlanggar dengan bucu meja. Sakit tu takpe dah. Lantaklah , asalkan aku dapat respons dari dia! Waktu tu , aku rasa dunia ni penuh dengan coklat Kitkat dan Dairy Milk yang sedap-sedap. Cuba kalau korang mengalami situasi macam aku? Aku boleh bet , korang pun akan terkinja-kinja macam aku nanti. Gembiraaaa yang teramatttt!!! Start dari haritu , kitorang kenal. Borak-borak macam biasa. Tanya khabar , ejek-ejek , siap ada nickname lagi untuk masing-masing. Hewhew. Waktu tu aku rasa terlalu gembira sampai tak ingat apa dah. Setiap kali online , aku tak fikir apa dah. Aku terus IM dengan dia. Rinduuuu tu ada je setiap masa. Haih , aku rasa macam kena buatan orang pun ada waktu tu.


Makin lama , kitorang semakin rapat. Semua perkara kitorang share. Dari tidur pakai apa , makan baca doa ke tak , mandi pakai sabun apa , tidur peluk apa , makanan kegemaran waktu lapar apa , sehinggalah jenama seluar dalam. Hm , saat yang sangat indah kan? Bagi sesiapa yang pernah merasai macam ni , aku pasti korang pun mesti happy punya. Hm , aku mula sayang dia. Tapi aku taknak bagitahu sebab aku takut dia tolak aku. Aku takut dia tak selesa dengan apa yang aku cakapkan. Aku simpan. Aku cuma taknak nanti , bila saat aku bagitahu yang aku sayangkan dia , dia dah ada orang lain. Aku taknak :( Bagi aku , mengenali dia adalah satu perkara yang paling indah yang pernah terjadi dalam hidup aku. Takde pun aku rasa sunyi bila aku dengan dia. Sebelum ni , memang ada. Tapi bukan macam ni. Dia terlalu baik untuk aku. Kitorang selalu gurau-gurau dan merajuk tu ada lah kadang-kadang. Bak kata orang , merajuk-merajuk manjaa kan. Tak sampai 5 minit , baik balik. Itulah apa yang aku rasa dengan dia selama ni. Kitorang dah berjumpa. Dia seorang yang pendek jee. Rambut curl sikit dan putih. Tapi aku lagi putih lah. Haha. Waktu kitorang jumpa tu , dekat Sunway Pyramid. It was a good meeting between both of us. Dia tegur aku sebab dia tahu aku takkan tegur orang yang aku tak cam dekat luar. Dia datang dekat aku , dia salam aku. Aku senyum waktu tu. Dia duduk sebelah aku sambil pegang kamera. Pada minit-minit pertama , kitorang tak bercakap. Dia pun duduk diam sebelah aku. Last-2 , masing-masing bersuara. Kitorang berborak , makan sama-sama dengan kawan-kawan dia , kawan-kawan aku sekali. Waktu tu , memang gembira lah kan :) 





Pernah sekali , dia letak kepala dia dekat bahu aku. Dan dia cakap "Red , aku sayang kau lebih dari seorang kawan dan aku janji dengan kau , aku akan sayang kau sampai bila-bila" Waktu tu dia menangis :( Aku pun menangis sama. Aku cakap "Sayang , kalau kau nak tahu , dalam hidup aku , kau sorang jee yang aku sayang sekarang. Dan aku betul-betul sayangkan kau" Dia menangis , dan air mata dia keluar setitik demi setitik. Aku taktahu nak cakap apa lagi waktu tu. 
Tapi sekarangg ... semua dah berubah :( Dia dah lupakan aku , dan masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Aku selalu menangis tiap-tiap malam rindukan dia :( Semua kenangan kitorang , aku rindu weh :( Cuba kalau orang yang korang sayang , tiba-tiba menghilang macam tu je tanpa khabar berita? Sedih kann? Itulah apa yang aku rasakan sekarang ni. Aku berharap , satu hari nanti , aku dapat jumpa dia balik. AMIN! Aku dapat peluk dia macam dulu , bergurau dengan dia macam dulu dan aku dapat tengok dia gembira macam dulu lagi. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan