Khamis, 10 Mei 2012

CINTA TAK ADIL!

Hello semuaaa dan Assalamualaikum kepada semua penghuni dunia. Memang style zaman sekarang orang jumpa je "Yoooo" kan? Harhar. Tak cakap sapa-sapa haa. Tapi kalau nak terasa punboleh. Mohon Terasa lah. Hihi. Anyway , Entry kalini aku nak cerita pasal kisah hidup aku lagi. Mesti korang naik jemu kan? Asyik-asyik cerita pasal aku jee. Cuba cerita pasal jiran aku ke , Negro depan rumah aku ke , Cik Pah Tukang Gosip aku ke , Pak Mat Tukang Bawak Bas yang dah pencen tu ke. Harhar. Suka hati kita lah kita nak cerita pasal hidup kita! Kalau awak taknak baca , awak boleh tinggalkan blog kita dan awak pergilah online FB sana tu! Eeeeee *Paling Muka* 

*Bukak Pintu , Intai Siapa Dalam Bilik , Dan Terus Terjun Atas Katil* Hiiiiii kawan-kawan! Nama kita Zack Danial Irwan Zuandy. Nampak kan budak sebelah ni dekat gambar kecik-kecik sebelah tu kan? Haa , tulah kembar kitaaa! Er , dahlah. Aku malas nak menggedik lagi. Kalini aku nak cerita pasal sejarah percintaan aku. Memang style zaman sekarang kan , lelaki banyak kena game dengan perempuan? Aku tahu lah aku ni buruk dan tak top-dead-multy-beautiful macam orang lain , tapi janganlah mainkan hati aku. Hahahahahahaha! 

Dulu-dulu , semasa aku berumur 15 tahun iaitu pada tingkatan 3 , aku masuk sekolah asrama. Asrama tu nama dia ASPURA singkatan bagi Asrama Putera Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling. Dekat sana asrama tu mempunyai didikan agama yang sangat baik. So that time , aku macam ustaz sikit lah. Berkain pelekat , bersongkok hitam , masuk masjid pun siap baca doa lagi. Muehehehehehe. Dekat SMKP , aku ambil subject tambahan untuk PMR iaitu Bahasa Arab. Dan Alhamdulillah aku dapat A dalam PMR aku untuk subject tu. Hm , tapi tu kisah lama. Malas nak kenang laahh. Dekat sekolah tu , aku kenal dgn ramai budak-budak luar ( Yang bukan budak asrama ). Diorang peramah , baik , kuat cakap ,  yang gedik pun ada. Muahahaha! Aku rasa happy gila doee waktu tu. Yelah kan , kita dapat  berkawan dgn ramai orang. Sahabat ni memang ramai , tapi untuk cari sahabat sejati tu , memang susahhh. Aku bergaul mesra dgn diorang. 

Sewaktu aku bersekolah dekat sana , aku berkawan dgn lelaki dan perempuan. Sampaikan cleaner tandas pun aku balun sekali. See , aku peramah kan? Err? Okay-okay , dalam sekolah tu , aku ada kenal dengan sorang gigirl ni. Dia cantik , menawan , da-bombb , senyuman manis , putih melepak macam omputih , kuat bersukan , aktif , suka ketawa , dan peramah. Waktu tu , kitorang just kenal-kenal je sebab kelas kitorang dekat2 jee kan. Hm , bila waktu rehat je , aku mesti pandang dia dekat kantin. Sampaikan aku sanggup ponteng kelas waktu sebelum rehat semata-mata nak tunggu dia rehat. Haihh , aku kena ubat pengasih kee? Hahahahaha! Gigirl tu selalu pandang aku , senyum dekat aku.  Tiap-tiap kali balik sekolah dan aku berjalan dgn kawan-kawan aku utk balik asrama , dia mesti tunggu dekat pondok semata-mata nak senyum dekat aku. Semata-mata untuk senyum jee? Cuba bagi nombor phone ke  , cekelat kee. Hehehehe! Bila dia senyum dekat aku , aku rasa macam dunia ni hanya ada dia sorang jee. Fuyoooo


Makin lama aku kenal dia , makin happy doee. Budak-budak asrama selalu sakat aku dekat sekolah. Diorang cakap "Zackkk , awek kau dah tunggu dekat kantin tu" Hm , aku tak malu pun , tapi aku rasa happy lah. Sebab walaupun kitorang takde apa-apa persetujuan atau hubungan , kitorang dah di anggap sebagai pasangan kekasih. Aku selalu bersama dgn dia kalau waktu rehat atau ke mana-mana sahaja lahh. Boleh dikatakan kitorang ni macam belangkas dekat sekolah tu. Dia belikan aku air , aku belikan dia pemadam Power Rangers. Dia belanja aku roti , aku belanja dia rotan dekat bontot oleh guru disiplin. :p Wuekkkk! Haha! Gigirl tu happy , aku pun happy sama. Dekat sekolah tu , ramai dah tahu pasal kitorang. Kawan-kawan dia , bila nampak aku dekat dewan ke , padang bola ke , mesti tanya "Zackk , mana awek kauuu?" Harhar. Aku hanya tergelak dan tersenyum jee. Bila tiap-tiap malam waktu PREP dekat asrama , aku selalu call dia guna public phone. Asrama tu takbagi bawak phone. Kedekut kann? Hmm , aku call dia , borak lama-lama. Ada satu hari tu , aku minta mak aku duit syiling satu tapuer semata-mata sebagai supplier utk call dia tiap-tiap malam.

Kadang-kadang tu rasa macam taknak balik asrama jee. Lari dari asrama lepas tu bawak dia balik rumah. Harhar. Tingkatan 3 dulu , memang aku rasa antara kenangan terindah dalam hidup aku. Aku ada kawan-kawan , keluarga , dan gigirl tuu sekali. Muehehe. Tapi ......................... sekaranggggggg? Aku dah 18 dan dia pun dah takde dalam hidup aku lagi. Dia dah pergi jauh aku rasa. Waktu ambil keputusan PMR tu , aku tak sempat jumpa dia. Aku terus keluar dari asrama tu dan aku lupakan dia. Aku sebenarnya rindu sangat dekat dia. Dan aku taknak tipu diri aku yang sebenarnya aku masih rindukan dia sampai sekarang. Aku tahu , setiap hubungan tu pasti ada perpisahan. Tapi kena perpisahan tu harus berlaku antara kami berduaa? Aku rasa bersalah sangat sebab tinggalkan dia macam tu jee. Tanpa sebarang berita dan pesanan. Gigirl tu adalah antara satu kenangan yang paling indah dlm hidup aku waktu tu. Bila masing-masing dah berpisah jauh , masing-masing lupakan diri. Tak ingat apa yang telah dilalui bersama. 


Kalau aku diberi peluang untuk berjumpa dgn dia , aku mesti nak jumpa diaa! Tak kiraaa! Aku nak peluk dia , aku nak apa yang kitorang lalui waktu Tingkatan 3 dulu , harap dapat diulang semula. Aku terlalu rindukan gigirl tu. Hanya kenangan jee jadi panduan. Aku pun sekarang dah tak dengar berita tentang dia. Kawan-kawan dia pun taktahu dia dekat mana. Rasa jauh sangat bila tanpa dia. Hidup tak sempurna macam dulu. Kosonggggggggg bak kata Najwa Latif. 
Aku berharap satu hari nanti aku dapat berjumpa dengan dia dan kebahagiaan waktu dulu-dulu dapat dikembalikan semula. AMIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan