Isnin, 30 Januari 2012

Bila Popo Takde ... Red Takde Kawan Nak Mengadu :(

Assalamualaikum semua! Kalini aku nak buat satu Entry yang takpernah aku buat sebelum ni. Entry kalini aku tujukan khas buat kawan baik aku POPO PANTERA. Mula-2 sekali , aku nak minta maaf dekat Popo kalau aku ada buat salah dengan dia. Semenjak dia pergi Indonesia , aku rasa sunyi sangat. Sunyi sebab aku takde kawan nak mengadu , takde tempat untuk aku letak bahu aku bila aku sedih. Aku taktahu nak cakap macam mana lagi untuk buktikan yang aku betul-2 rindukan dia wehh! :/ Aku takut nanti satu hari aku dah tak ingat rupa paras dia macam mana , cara dia senyum macam mana , rambut dia macam mana , gelak dia macam mana. Aku taknak benda tu jadi sebab aku tahu seumur hidup aku , dialah kawan terbaik aku :/

Po , Red tulis Entry ni sebab Red taknak kehilangan Po. Red takut satu hari nanti ingatan Red untuk Po hilang macam tu jeee. Po penting untuk Red. Ke mana je Red pergi , Red rasa sunyi sangat. Biasanya ada Popo dekat sebelah Red jalan sama-2 , gelak sama-2 , makan sama-2 dan nangis pun sama-2. Po tahu tak , Red sunyi sangat bila takde Po. Red nak peluk Popo macam dulu! Red nak tumbuk Popo macam dulu. Red rasa hidup Red dah tak bermakna lagi bila takde Popo. Kenapa Red takboleh kehilangan Popo? Red nak Popo balik Malaysia balik! Popo jangan duduk sana lama-2! Red tak sanggup nak tanggung rindu ni lagi! Ketiadaan Popo , buat Red rasa macam Red takboleh hidup dahh! Red mungkin orang yang terakhir Popo sayang , tapi dalam hati Red , Popo antara orang yang terpenting dalam hidup Red. 

Po , Po ingat tak dulu time Popo nangis , Red selalu pujuk Popo. Red taknak Popo nangis. Red nak tengok Popo happyyy jee sebab Red tahu , Popo senang nangis. Bila Red tengok gambar-2 kita time lepak sama-2 , Red menangis Po! Red taktahu kenapa jadi macam ni. Tapi apa yang Red tahu , Red terlalu rindukan Popo! Bila Red keluar lepak , ramai tanya Red "Mana Popo - Mana Popo" - Red taktahu nak jawab apa. Red hanya boleh senyum dan Red jawab "Popo pergi Indon". Ya Allah - perasaan Red dah taktahan lagi bila diorang asyik tanya benda yang sama!  Red selalu tengok wall Popo setiap kali Red online. Red tengok gambar Popo tiap-2 hari! Red tengok gambar kita berdua. Air-mata Red menitis Po! :'( Po jangan lupakan Red tau! Red takpernah terdetik nak lupakan Po! 



Po , Dalam hidup Red , takde yang lebih bahagia dan happening selain bersama dengan Popo. Red nak Popo yang dulu! Red nak kita lepak sama-2 balik macam dulu. Tapi bila Red dengar Popo dah pergi Indon dan waktu tu Red tahu , Popo akan balik Malaysia dalam jangka waktu yang lamaaaaa! Red hanya boleh sabar dan tunggu Popo balik! Po , Red minta maaf kalau Red tak sempat hantar Popo ke KLIA waktu Popo nak bertolak ke Indon. Red taktahu menahu pasal tu. Last-2 Red dapat tahu yang Popo dah takde kat Malaysia! Popo tahu tak , betapa sedihnya Red bila dengar berita tu! Red tak sempat nak jumpa kawan baik Red! Red tak sempat nak peluk kawan baik Red sebelum dia tinggalkan Red dengan begitu lama!  

Po , Saat Popo baca Entry ni , mungkin Popo tengah berseronok dekat sana. Mungin Popo tengah seronok shopping dekat sana. Tapi percayalahh Po , Red takpernah happy bila Popo pergi. Red tak pernah rasa seronok sikit pun bila Popo pergi! Red menderita  Po - Red rasa macam hidup Red langsung tak bermakna lagi! Popo kawan baik Red , dan Red janji , Red akan jadi kawan Popo dunia akhirat! Tu janji Red dekat Popo. Dekat sini , Red mungkin gembira dengan kawan-2 baru Red , tapi kegembiraan Red takkan pernah sama bila bersama dengan Popo! Itu adalah antara satu kenangan kita bila bersama. Kita takpernah gaduh sebagai kawan. Kita takpernah nak makan hati sebagai kawan. Po dah banyak happykan Red , dan Red minta maaf kalau apa yang Red bagi Popo selama kita kawan taksama dengan apa yang Popo bagi.

Po , Red harap bila Po balik Malaysia nanti , Po jangan lupa semua kawan-2 Popo. Dan yang paling penting sekali , Popo jangan lupakan Red tau! Red taknak benda ni jadi. Red takut Po!
Airmata Red tak henti-2 keluar sewaktu Red tulis Entry ni. Red tulis dengan jujur dan Red harap Popo terima apa yang Red buat ni. Popo kena janji dengan Red , Popo jangan duduk sana lama-2 dan belikan Red BlackBerry Bold 4 tau! Ingat , Red sayangggg Popo sangat-2!

Sabtu, 28 Januari 2012

Tiada Yang Lebih Sempurna Selain Engkau.

"Aku percaya yang kau cinta pertama aku dan kau juga cinta terakhir aku"
Malam-2 aku selepas hubungan kita terpisah , berbeza macam malam-2 bila aku bersama dengan kau. Indahnya waktu itu seperti kau sedang membuai aku dengan alunan lagu yang gemersik.

Dulu , kau ada bagitau aku yang "Hidup I takkan sempurna tanpa you" - Sekarang kau boleh bangga dengan lagak kau dan kau bagitau semua orang yang "Aku boleh cari lelaki lain yang lagi bagus dari dia". Wehh :/ Sepanjang hidup aku , aku takpernah nak benci kau. Kejian kau yang kau bagi dekat aku , aku terima wehh. Kau cakaplah apa yang kau nak. Sikit walau sebesar zarah pun , benda tu takkan buat aku benci dekat kau. 

Aku ingat lagi , time tu , kau marah aku sangat-2 sebab aku tak angkat call kau. Kau maki aku macam-2. Kau cakap aku Curang lah , kau cakap aku ni Jantan Sial , kau cakap aku Lelaki TakGuna. Sebenarnyaa , aku tak angkat call kau sebab aku baru balik dari medical-check-up. Aku buat pemeriksaan jantung. Ada pernah sekali tu , muka aku pucat. Biru gila sebab aku baru main badminton waktu tu. Mummy aku bawak aku pergi hospital. Aku tak sempat capai handphone sebab waktu tu Rush gila. Aku susah nak bernafas waktu tu. Doktor buat pemeriksaan dan doktor cakap aku ada penyakit lemah jantung dan aku takboleh terlalu aktif. Mummy aku risau dekat aku. Bila aku sampai rumah , aku terus terbaring atas katil. Handphone aku letak dalam laci dan aku silent phone tu. 

Esok pagi - Aku bangun , dan aku check handphone aku. Ya Allah Ya Tuhanku! - Aku terperanjat bila aku tengok ada 150 Misscall dari kau. Air-mata aku jatuh waktu tu wehhh. Aku taktahu nak cakap mana lagi. Aku nak call kau , tapi aku takde kredit sebab malam sebelum tu , turn aku call kau dan kredit aku habis malam tu. Aku nak buat Call Me Back puntakboleh. Maxis takbagi. Dengan Nama Allah , bukan niat aku untuk taknak angkat call kau , tapi aku tak larat sangat waktu tu. Aku bukak INBOX - Aku tengok ada satu text dari kau. Aku mula baca .....


"Weh Sial - Apa masalah kau haa? Apa kau pikir aku ni lahanat batu ke? Susah sangat ke nak angkat call aku? Apa masalah kau ni haa? Bukan sekali tau aku call kau. Banyakk kali lahh Gampang! Jantan macam kau ni boleh bawak mati lahh. Perangai serupa anjing faham takk? Dah anjing tuh , anjing jelah! Jangan berlagak kau tu Manusia Lindungan Kaabah. Ada je asalan kau kan? Sorry lah weh - Hati aku dah tertutup untuk kau. Memang kita tidak ditakdirkan untuk kahwin. Kau carilah bohsia yang lagi cantik , lagi meletop dari aku. Yang kau boleh usung sana-sini. Perempuan macam aku ni memang sial kan? Dahlah Zack , kau boleh mati dengan perangai kau. Dasar Anjing Haram! Blah lahh Haram Jadah. Antara kau dengan aku , dah takde apa-2 hubungan lagi! Lupakan aku sebab aku dah lupakan kau okay? Byee!"

Masya-Allah , aku taktahu nak cakap mana lagi waktu tu. Tangan aku menggigil , aku berpeluh-2 sampai basah baju aku , bibir aku takhenti-2 ucap perkataan "I'm Sorry". Aku betul-2 minta maaf dekat kau. Hanya dengan 150 misscall , kita boleh bermusuh sampai macam ni sekali. Takpelah , mungkin waktu tak mengizinkan kita untuk teruskan hubungan. Kau teruskan dengan hidup kau. Aku cuma nak kau tahu yang , kalau aku dah takde dalam dunia ni nanti - Tolong Kenang Aku Dalam Doamu.  Assalamualaikum :/