Isnin, 14 Mei 2012

Hi semuaaaaaaaaaaaaaa! Apek in the house yooo *Buat dupstep*. Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta salam perpaduan dan juga salam perkenalan malahan salam persahabatan kepada semua umat manusia tidak kira di mana jua anda berada. Nama saya Zack. Kembar saya pun Zack. Dah kata kembar kan. Anyway , saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pembawa blog 'Pembawa Elmo'. Yeee , aku tahu blog aku tak sehebat orang lain. Aku sedar tuu. *Lari Keliling Padang* 

*Pakai Mask Hitam , Masuk Dalam Perhimpunan Bersih , Buat Break-Dance* Hiiiiiiiiiiii kawan-kawan! Korang tahu kan Hari Ibu tu untuk apa? Bukan hari untuk kita cat rumah kita warna pink atau hitam. Bukan hari untuk kita kira bulu kambing dan buat jaket untuk musim sejuk nanti. Bukan hari untuk kita berlatih swimming dekat Arena Kolam Sedunia. Dan juga bukan hari untuk kita jadi lupa kepada tujuan asal penubuhan Hari Ibu ni. Hari Ibu ni adalah satu hari yang kita tunjuk dan berikan penghargaan buat ibu kita. Kalau kita buat ibu kita nangis , kita buat dia gelak guling-guling sampai luar rumah. Kalau ibu kita masam muka macam mangga muda , kita buat ibu kita senyum sampai anak telinga. Haaaaaa , ibu adalah satu ciptaan Allah SWT yang sangat istimewa. Kalau takde Ibu , macam mana kita boleh ada dekat dunia ni kann? Tak kira lah ibu tu ibu yang macam mana pun , tapi dengan Ibu itulah kita hidup. Kita dapat pijak tanah yang ada tahi kucing. Kita dapat lari-lari keliling sekolah sambil di kejar oleh guru disiplin. Kita mampu bercakap dan luahkan rasa cintan-cintun kita dekat girlprengg mahupun boyprengg kita. IBU ITU ISTIMEWA KAWAN-KAWAN!!

Sempena Hari Ibu ni , mesti ramai bagi Ibu diorang hadiahkan? Ada yang bagi coklat , bunga , kek bertulis "Selamt Hari Ibu. ILoveYou Ibu" , tudung ala-ala Ekin , Kain langsir untuk musim raya nanti , high-heels 10 inci sebagai persediaan awal menjelang Syawal nanti. Hahahahahha! Macam-macam hadiah kann? Besttnyaaa. Kita sebagai anak , penghargaan buat ibu kita jangan pernah kita lupa. Ibu kita dah banyak berkorban tenaga dan wang ringgit demi kehidupan kita. Ibu kita sanggup buat apa sahaj untuk kita kann? Hati Ibu ni terlalu lembut dengan anak-anak . Tapi kadang-kadang kita yang terlalu berkeras dengan ibu kita. Dekat rumah , macam-macam panggilan kita panggil Ibu kita kan? Ada yang panggil "Ibu , Mama , Mak , Ummi". Tak kiralah apa pun yang kita panggil , kita jangan lupa walau sesaat pun semua pengorbanan Ibu kita. Ingat , setitik air mata Ibu kita jatuh , besar dosanyaaa. Kalau kita tak mampu nak bagi hadiah sempena Hari Ibu ni , kita sekadar bahagiakan Ibu kita pun sudah memadai. Ibu kita tak minta kita bagi Ferrari merah menyala depan ruman , Audi 2000 CC , Jam Tangan Rolex RM 25000 , Banglo 4 tingkat disertakan lif bergerak kalis bunyi dan juga swimming pool dilengkapi tuala automatik dan Syampoo Rejoice Multi-Killer untuk diorang. Ibu kita cuma mahukan kegembiraan yang mereka boleh ingati sehingga akhir nyawa. 



Aku sayang Ibu aku. Semua orang sayang Ibu kann? Ini adalah surat untuk Ibu aku sempena Hari Ibu. "Hiiiiii Mamaaaaaaaa! Ni angah sedang bercakap ni. Hehe! Mama mesti tengah masak dekat dapur kan? Angah taknak kacau Mama. Angah tahu , kalau Angah kacau , meletop dapur tu nanti. Mama , tujuan Angah tulis surat ni adalah untuk memberi sejuta penghargaan buat Mama yang dah jaga Angah sejak kecil lagi. Sejak Angah taktahu apa itu biskut Merry , sampai sekarang. Angah terhutang budi dekat Mama. Sempena Hari Ibu , Angah takde apa-apa nak bagi dekat Mama. Angah tahu Angah dah banyak guna duit Mama selama ni. Tapi kalini , Angah taknak guna duit Mama lagi. Angah jahatttt ! Habis duit Mama. Tapi , Angah ada tulis surat untuk Mama. Angah harap Mama baca. -->> Ke hadapan Mamaku Maimunah Bt. Othman , Angah berharap Mama sihat-sihat sahaja. Mama , Angah takde apa nak bagi dekat Mama sempenah Hari Ibu ni. Angah minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Angah takdapat nak belikan Mama hadiah yang cantik-cantik macam orang lain. Tujuan Angah tulis surat ni , adalah untuk memberi sejuta Terima Kasih buat Mama yang dah jaga Angah selama ni. Mama , Angah sayang Mama sangat-sangat. Angah taknak Mama pergi sebelum Angah kahwin. Angah nak Mama tengok sendiri menantu Mama nanti. Mama jangan pergi tauu! Angah janji dengan Mama , Angah bawa jumpa menantu Mama nanti. Angah nak Mama tahu , yang Mama adalah sebaik-baik manusia dalam dunia ni. 

"Mama , Angah selalu fikir dalam kepala otak Angah ni , macam mana kalau nanti hidup Angah tanpa Mama! Angah taknak Mama pergi! Angah nak Mama ada sebelah Angah sampai bila-bila. Mama nyawa Angah tau. Kan Mama dah janji , Mama nak jaga Angah elok-elok? Mama jangan pernah tinggalkan Angah. Dulu , Angah selalu peluk Mama bila balik sekolah kan? Tapi sekarang? Angah dah tak buat semua tu dah :( Angah minta maaf :( Angah bodohh! Angah nak derhaka! Mama sedih kan , bila Angah tak peluk Mama dah? Mama ingat tak , dulu kan , Angah selalu curi-curi main badminton dekat depan rumah. Bila Mama tengah siang ikan dekat depan rumah , Angah pelan-pelan intai lepas tu cepat-cepat lari keluar kan? Haha. Mama senyum jee tengok Angah. Tapi sekarang dah takdeee :( Angah main badminton pun Angah keluar je rumah. Angah tak macam dulu. Angah minta maaf Mama. Dah banyak dosa Angah buat. Mama jaga Angah dengan baik dan Angah takkan pernah buat apa yang Mama larang Angah. Lepas tu bila balik kampung jee , Mama mesti bawa Angah pergi kebun Atuk. Lepas tu bila ada kerengga ke , biawak ke , Mama cepat-cepat pegang tangan Angah lepas tu tarik Angah masuk dalam kereta. Angah tahu , Mama taknak Angah sakit kan? Angah rindu waktu tuu. :( Bila Angah tidur jee , Mama mesti peluk Angah lepas tu letak Bear Beruang Angah dekat tepi katil. Sampai sekarang , Angah buat benda yang sama. Tiap-tiap malam Angah letak Bear Beruang Angah dekat tepi katil. Angah nak sangatt Mama masuk bilik Angah lepas tu Mama buat macam dulu-dulu :( Tapi Angah malu nak cakap. Angah taknak susahkan Mama. Angah taknak Mama penat susah-susah bangun dari tidur Mama nanti. Angah diam jee. Angah nangis Maaaaa :( 


"Maaaaa , Kalau Angah dah kahwin nanti , Mama jangan lupa jumpa mertua Mama lepas tu Angah nak Mama pegang Cucu Mama tau. MAma jangan pergi lagi waktu tu. Angah tak benarkan Mama pergi. Angah nak Mama ketawa , Mama happy-happy dengan Cucu-cucu Mama semuaa nanti. Angah janji , Angah akan belikan Mama dengna Babah rumah , baju baru , kasut baru , TV baru , Dapur baru. Angah nak tengok Mama happy macam dulu. Kalau Mama lapar , biar Angah yang suapkan Mama. Angah nak buat macam Mama buat dulu. Bila Angah nganga mulut nak makan , Mama tarik sudu. Mama Acah-acah dengan Angah. Waktu tu Angah tengah sedih terus Angah gelakk. Nanti Angah nak buat macam tu. Angah nak Mama pula yang gelakk nanti. Mama , sempena Hari Ibu ni , Angah nak minta-maaf dekat Mama atas apa yang Angah dah buat. Kalau Angah ada terkasar bahasa , Angah minta maaf. Kalau Angah ada guna duit MAma banyak sangat sampai Mama takde duit nak beli barang dapur , Angah minta maaf. Kalau Angah ada terlanggar kaki Mama waktu Mama tidur , Angah minta maaf Maaa. Kalau Angah tak tolong Mama dekat dapur , Angah minta maaf. Dan kalau Angah ada buat perkara yang Mama taksuka , Angah minta maaf. Angah nak Mama happy jee. Jangan sedih-sedih okay? You are the best for me Mama. Dan Angah hanya inginkan Mama gembira. Angah sayangkan Mama"

Sekiann~ Salam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan