Selasa, 20 Mac 2012

Keputusan SPM!

Assalamualaikum kawan-kawan. Disini aku nak memohon maaf sekiranya aku dahlama tak update blogg. Hm , lagu lama tu aku dah tukar. Aku nak lagu baru. Korang boleh klik dekat link atas ni "Alunan Mendamaikan" okayy? Sambil-sambil baca Entry aku , korang hayati melodi tu. 

Dulu , aku selalu degil cakap mak aku. Aku taksuka baca buku , aku taksuka buat latihan yang cikgu bagi , aku selalu ponteng kelas , aku buli kawan-kawan aku. Bila aku dah besar , aku tahu macam mana deritnya bila kita tak berpelajaran dan tak berilmu. Hidup kita tunggang-langgang , tak teratur , takde siapa boleh pimpin kita jadi seorang manusia yang betul. Ilmu tu penting dan kadang2 , kita buta dan salah pandang dengan ilmu. 

Kalau dekat sekolah , kita selalu buat kerja sekolah lambat2 , sampai cikgu marah , kena denda luar kelas , kena lari padang pakai kasut sekolah , kena tarik telinga depan pelajar lain , kita mesti boleh ubah semua tu kan? Hm , aku percaya , kalau kita berusaha , kita ada kegigihan , kita mesti boleh buat. Tak kira lah susah macam mana pun , kita tetap boleh berjaya. Haaa , pada tarikh 21/3/2012 ni , keputusan SPM akan dikeluarkan. Aku harap , aku dapat keputusan yang cemerlang dan aku dapat membanggakan semua orang dalam hidup aku. Susah-payah aku selama ni , aku harap dapat dibuktikan pada tarikh tersebut. Yee , memang betul orang cakap , walaupun kita takde keyakinan dalam diri untuk berbuat sesuatu dan kita takut untuk buat , kita masih ada ALLAH SWT. Aku percaya dengan ketentuan-NYA.

Apa yang aku bakal peroleh pada tarikh tersebut , adalah rezeki aku sendiri dan aku bersyukur dengan apa yang diberi. Allah tak kejam dengan Hamba-NYA. Setiap rezeki tu pasti datang. Cuma kita hanya perlu bersabar. Kalau ditakdirkan aku gagal SPM , aku tak perlu nak menangis keluar air mata darah. Allah tentukan rezeki kita bukan dari SPM , PMR , ataupun UPSR. Rezeki Allah kita takboleh tentukan. DIA yang berkuasa dan dia berhak bagi rezeki tu pada bila2 masa jeee. Tatkala aku bukak slip keputusan SPM nanti , aku nak semua kawan2 aku ada sebelah aku. Kalau boleh , aku nak bukak sama2 dengan diorang. 

Ibu- Bapa aku biar duduk dalam kereta. Biar aku sendiri yang bawakkan keputusan tu dekat diorang dan aku sendiri yang akan bacakan keputusan aku nanti. Aku tahu , ibu aku takpernah paksa aku untuk dapat straight A's , tapi aku percaya , dari dalam hati ibu aku yang paling dalam sekali , perkataan Straight A's pasti dia nak lihat nanti. Dia nak dengar anak dia cakap "Angah dapat Straight A's Mama". Ya Allah , mesti gembira kan dia? Semua orang gembira dengan kejayaan aku tu. Takpee , macam aku cakap , rezeki Allah kita takboleh tentukan.

Kawan-kawan , jangan lupa doakan aku nanti tau. Kita sama-sama berdoa , kita sama-sama kongis kegembiraan. Semoga Allah SWT merahmati semua pelajar yang bakal mengambil keputusan SPM nanti. AMIN YA ROBBAL 'ALAMIN.