Jumaat, 16 Disember 2011

Aku Rindu Kau.

Ke hadapan orang yang disayangi : "Aku tulis Entry ni sebab aku nak lepaskan rindu aku dekat kau. Siang-malam aku termimpi kan kau. Apa yang aku buat , semua tak kena! Aku cuba ubah benda tu , tapi aku takboleh. Ada sesuatu yang halang aku. Biar apa pun yang terjadi , aku akan tetap sayang kau sampai bila-2"Selama ni , kita tak pernah bertegur kan? Aku tahu , kita malu nak bertegur. Aku malu nak tegur kau sebab aku takut nanti aku yang terlebih. Nanti kau fikir lain. Haihh - Aku takut kau rasa yang aku terlalu terburu-2. Kau tahu takk , sejak kita bertegur dulu - Semua benda berubah. Dari aku takreti nak menghargai , sampai sekarang. Bila aku tahu kau balas IM aku , aku macam "Ya Allah - Akhirnya dia balas" - Aku taktahu nak cakap apa lagi. Aku rasa bertuah pun ada. Gelabah ayam pun ada. 



Bermula dari situ , kita mula berkenalan. Kau cerita dekat aku apa yang kau suka , apa yang kau taksuka. Kau cerita kisah hidup kau. Kadang-2 , aku sendiri tergelak bila kau kelihatan "OVER-ACTING' bercerita tentang hidup kau. Hewhew - Aku faham. Kau jenis yang kuat bercakap. Malahan , kau nampak comel bila mulut kau  Pok-Pek-Pok-Pek. Macam bontot ayam. Haih - Kau dah banyak bahagiakan aku. Dulu , mula-2 aku nak tegur kau , rasa berat hati sangat. Dengar kata kau sombong. Kau layan budak-2 UP jee. 




Akhirnyaa , bila aku hantar pesanan "HYE" dekat kau , kau balas balik! Hanya Tuhan je tahu macam mana gembiranya aku waktu tu. Bagi aku , kau seorang yang sangat ceria dan happy-go-lucky. Ada je benda kau nak cakap. Kejap tu , kejap ni. Haihh. Kadang-2 aku rasa "Bila lah kau nak habis cerita ni" Harhar.


Tapii.. kegembiraan aku tak selamanyaa kekal. Kau hantar text dekat aku. Waktu tu , aku baru bangun tidur. Bila aku dengar handphone aku berbunyi , aku capai cepat-2 dan aku terus bukak peti simpanan mesej. Terpapar nama kau - Dan pesanan tu berbunyi "Assalamualaikum Red. Tujuan I hantar text ni bukan sebab I nak kacau you tidur pagi-2 buta ni , tapi I ada perkara yang nak bgitau you. Hal ni dahlama I simpan tapi I rasa I kena bagitau you. You segala-2nya buat I Red. Red , tepat jam 12.30 malam ni , I kena bertolak pergi UK. Ada perkara yang I kena settlekan dengan family. I don't want you to be down and sad. It just for 2 years okay baby? Please Red , I hope that one day we will be together as want we had plan before. You are an amazing guy Red , and for my entire life , I'll never regret to know you. I Love You So Much and please I'm begging , just keep loving me okayy"?


Ya Allah - Air mata aku jatuh bila aku baca ayat terakhir pesanan kau tu. Girl - Aku janji dengan kau , aku takkan berhenti sayang kau. Kau pun sama okay? Jangan nakal dekat tempat orang. Aku tahu , 2 tahun tu taklama bagi kau. Tapi bagi aku 2 tahun tu ibarat aku menunggu seorang wanita yang boleh isi hati aku selama ni. Dan orang tu ialah KAU! Lekas pulang supaya aku dapat berjumpa dengan kau lagi lepas ni. You Will Always Be My Baby Girl. 

Ahad, 11 Disember 2011

SENYUM :)

Assalamualaikum semua ! Kalini aku nak tulis pasal SENYUM . Tapi Entry ni untuk orang yang bercinta jee . Yang tak bercinta tu , jangan baca . Ceh , takdelah . Gurau -2 jee . 
Biar kita tahu orang tu cinta kan kita , tapi jangan kita taktahu orang tu benci kita sebab bila dibenci , kita rasa perit sangattt ! 

Cuba bayangkan , sewaktu kita bercinta , kita lalui situasi seperti berikut :

  • Biyy , tolong I angkat barang  I . I penat sangat :(
  • Biyy , I rasa hati I dah sayangkan you dan I nak you tahu yang you orang pertama yang I betul -2 sayanggg 
  • Semalam I termimpi kan you . You tolong I buat karipap sardin . Karipap yang you buat semua hangus . Tangan you melecur sebab nak masukkan karipap dalam kuali . I cepat -2 cari ubat 
  • I jatuh tandas  . I terus call you . You gelakkan I . You kata "Lain kali jalan guna mata , jangan guna lutut" I tergelak jugak . You kelakar sangat :(
  • Sayanggg , hidup I dulunya suram . Tapi bila I jumpa you kali pertama , I senyum dekatt you , I bergurau-senda dengan you , dekat situlah bermulanya rasa sayang I untuk you .
  • Bila I lapar , I selalu mengadu dekatt you . Tapi bila I tengok relay kita dah hilang , I nak sebut nama you pun susah biyy :(
  • Biyy , dahlama I simpan I dekat you . Even kita kenal dalam FB ke , Twitte ke , atau mana -2 pun , I betul -2 ikhlas dengan perasaan I .
  • You ingat lagi tak panggilan yang I selalu panggil you ? Mokk kan ? Ya Allah , semenjak kita dah berpisah , I rindu nak sakat you macam dulu :(
  • Masa kita lepak sama -2 , I selalu usap rambut you . You berpeluh -2 time tuh . I sanggup cari kain , beli tisu dekat kedai semata -2 nak lapkan peluh you .
  • Biyy , tolong faham I - I betul -2 cintakan you ! 
Takkiralah betapa buruknya kau - Aku akan tetap sayang kau sampai bila -2 .
Biar aku tuli dalam pendengaran , tapi jangan aku tuli dalam mendengar luahan hati kau :)

Aku nak sangat , bila kita bersama nanti , aku rasai situasi yang macam ni :

  • Biyy , bila I tengok bulan , I mesti tersenyum lebar .Nak tahu sebab apa ? Sebab I nampak you dalam bulan tu . 
  • Biyy , I bahagia sangat dapat kenal dengan you . Walaupun kadang -2 , you selalu merajuk dengan I , I rindu nak pujuk you macam dulu . You mesti dah ada pengganti kan ? 
  • Biyy , bila I tidur , I selalu pakai earphone . Dan I pasang lagu kegemaran kita . I nyanyi lagu tu kuat -2 . Air mata I nak keluar , tapi I tahan sebab you ada pesan dekat I yang I takboleh nangis . I kena kuat !
  • Biyy , biar apa pun yang terjadi , I tetap sayangkan you biyy !
  • Bila bangun pagi , I selalu bukak wall you . I baca setiap post . I faham you . You jenis yang kuat marah . I taknak you marahkan I sebab I stalker FB you . I diam je selama ni .

Mana you pergi ? I rindu you tahu takk . Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya hati I bila I nampak you dengan orang lain . I cuba faham keadaan kita. I selalu berdoa supaya satu hari nanti , bila kita dah besar , dah ada keluarga masing -2 , RASA SAYANG KITA TAKKAN PERNAH BERUBAH ! AKU CINTAKAN KAU !





Ahad, 27 November 2011

Aku tahu .. Allah ciptakan kau untuk aku !


"Biyy , I janji dengan you , I akan jadi yang terbaik untuk you dan I akan jadi seorang menantu yang baik untuk parents you . Itu janji I biyy dan I akan kotakan janji I"

-Kalaupun Syurga itu indah , aku akan tetap pilih kamu
-Kalaupun hembusan angin itu sayu , aku akan tetap pilih kamu
-Kalaupun aku memiliki sebuah cinta yang abadi , aku percaya , orang itu pasti ada kamu 


Korang semua ada pasangan hidup masing -2 . Takiralah yang baru nak bermula , sedang dalam perhubungan ataupun yang sudah berakhir . Perkara yang paling penting , korang hargailah pasangan korang elok -2 dan jangan hilang diorangg ! Jaga elok -2 . Jangan sampai nanti satu saat , bila korang dah kehilangan dia , baru korang nak menyesal . Takde guna wehh ! Percayalahh , setiap apa yang kita lakukan untuk dia , pasti akan sentiasa diingati kalau kita betul -2 ihklas dengan tujuan kita . 

Korang jangan sakitkan hati dia . Dia ada perasaan . Dia perlukan korang dan aku tahu kau pun perlukan dia . Dalam hidup ni , tiada satu benda yang dapat berikan kita senyum melainkan seandainya kita berada disisi orang yang kita sayangg . Kebahagiaan yang kita kecapi akan jadi lebih manis dan indah kalau kita dapat kongsi dengan pasangan kita . Ya , memang betul , setiap hubungan itu , pasti ada salah faham . Perkara biasa kawan -2 . Lumrah hidup dan adat dalam percintaan . 

Dulu -2 :)

  • You , I sukakan you sejak pertama kali I jumpa you .
  • Biy , setiap malam , I mesti teringatkan you .
  • You nyanyikan I lagu , teman I bila I takut hujan dan suapkan I makan .
  • I taknak kehilangan you sebab nanti dunia I kosong ! 
  • I perlukan you sayangggg .

Bila dah berpisah jeee :/
  • Aku takk suka kau ! Aku benci kau !
  • Kau ubah diri aku jadi seorang yang bodoh . Bodoh sebab aku terima kau dulu !
  • Aku tak sangka kau sanggup buat aku macam ni sekali !
  • Kau jangan ganggu hidup aku lagi !
Kawan -2 , cinta tak pernah wujud kebencian . Kebencian itu adalah satu perkara yang tidak harus ada dan mesti dielakkan dalam percintaan . Aku dah rasa benda tuu . Aku taknak korang rasa macam mana peritnya bila kita tengok EX kita sanggup maki hamun kita depan khalayak ramai , tulis macam -2 pasal kita dan kutuk kita dilaman web . Perittt sangat ! Korang jaga hati diorang elok -2 . Pasangan yang korang ada sekarang ni jangan dibiarkan pergi macam tu jee . Kita teruskan hidup dan jangan berputus asa . Biarkan diorang buat semua tu . Asalkan diorang puas . 


Perpisahan itu mutlak dan jangan pernah kenang sejarah yang lalu . Kisah percintaan yang tersekat di separuh jalan itu , mengajar korang macam mana nak jadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya . Kalaupun korang BREAK dengan baik , percayalahh - Takkan ada rasa benci dalam diri masing -2 kalau hal ni berterusan dalam keadaan yang baik dan lancar . 
Ingat , korang boleh jadi couple yang baik kalau korang faham isi hati dan perasaan pasangan korang , dan korang boleh jadi couple yang jahat , kalau korang hanya seorang yang BODOH DALAM PERCINTAAN ! :) 


Khamis, 24 November 2011

AYAH ... Pergi manaaaa ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Hihi <3
Dahlama aku tak update blogg kan ? Kalini aku kena buat Entry sebab ramai dah bising nak baca Entry baru . So , kenalah buat ! 
Kalini , apakata kita kenang jasa Ayah kita ? Walaupun diorang bukan yang lahirkan kita , tapi kita berhak tahu yang dia adalah salah satu sebab kita hidup atas muka bumi ni . Dioranglah yang jadikan kita seorang manusia . Sayangglahh bapak korang wehh !


"Ayahh , adik mintak maaf kalau selama ni adik banyak buat salah dengan ayah . Ayah selalu tegur adik supaya jangan tidur lambat , buat baik dengan orang , belajar elok -2 , jangan buat jahat , dengar cakap orang tua . Adik tanak hilang ayah sebab nanti kalau dah besar , anak -2 adik takde Atok :( - Ayahh , adik sedar , adik banyak berdosa dengan ayah . Tapi percayalah ayah , ayah tetap number 1 dalam hati adik ! Takde seorang lelaki pun dalam dunia ni yang boleh jadi sehebat ayah ! Ayah orang yang paling adik sayang sekali ! Ayah ajar adik macam -2 tentang kehidupan . Kalau ayah nak tahu , adik selalu menangis dalam bilik kalau adik ada kasar dengan ayah . Adik taknak cakap depan ayah atau mintak maaf dekat ayah sebab adik malu . Adik takut nanti ayah nangis . Air mata ayah keluar . Adik taknak ayah jadi macam tuu"!



"Dulu , adik bodohh ! Adik bodoh sangat ! Adik tepis tangan ayah bila nak pergi sekolah , adik tolak ayah sampai ayah jatuh dekat tepi tangga , adik lawan cakap ayah , adik tumbuk ayah kuat -2 , adik tendang ayah sebab ayah tak belikan adik mainan . Ya Allah ! Ayah , kalaulah masa tu Allah nak tunjukkan kuasa Dia , dahlama adik dihukum ! Adik tak tahu apa -2 masa tu . Adik ikut kehendak adikk . Ayah , Dengan Nama Allah , ayah orang yang adik paling sayang sekali . Tak kiralah macam mana pun keadaan yang terjadi , adik tetap sayang ayah" !



"Ayah -2 , adik janji dengan ayah , bila adik dah besar nanti , adik nak belikan ayah kereta , rumah , baju dan banyak lagi ! Adik nak belikan ayah kereta sebab adik taknak tengok ayah penat tiap-2 hari kayuh basikal hantar adik sekolah . Adik nak belikan ayah rumah yang besar dan selesa sebab adik nak ayah rasa macam mana hidup dalam satu rumah yang ayah impikan selama ni . Dan adik nak belikan ayah baju sebab adik taksuka tengok ayah pakai baju koyak -2 , tampal dengan surat khabar semua . Ayahh ! Kalaulah adik ada semua keperluan tu , dahlama adik buat untuk ayah . Ayah selalu ajar adik supaya jangan pernah putus asa walau apa jua yang jadi ! 

"Disini , adik nak cakap sikit . Adik sayang ayah sangat -2 dan adik taknak kehilangan ayah dalam hidup adik ! Percayalah ayah , sampai nafas terkakhir adik , ayahlah orang yang paling hebat bagi adik !

Isnin, 7 November 2011

Kawan :)

 

"Aku janji dengan kau , kita jadi kawan sampai mati okayy ? Kalau kau susah , aku tolong kau , kalau aku susah , kau jangan lupa tolong aku nanti" - Hohoi ! Entry kalini , pasal KAWAN :) .
Hmmm , kecik -2 dulu , aku ingat lagi kenangan masa sekolah rendah . 
  • Tolak -2 kawan masa beratur beli makanan dekat kantin
  • Tarik tudung budak -2 perempuan masa PJ
  • Lari -2 depan pejabat sampai kena tangkap dengan guru disiplin
  • Ejek makcik kantin kalau dia banyak mulut
  • Berebut -2 time nak beli pemadam dekat kedai buku
  • Baling -2 kertas dekat kawan masa cikgu mengajar 
Fuyoooo - Bestt ! Tapi bila umur dah 17 ni , nak baling kertas pun rasa berat jee . Kawan -2 aku , semua dah besar -2 . Bukanlah aku nak cakap yang diorang dah lupa aku , tapi aku cuma rindukan time sekolah rendah dulu . Aku selalu tengok gambar kawan -2 aku kalau aku rindu diorang . 

Aku cuma nak cakap yangg "Aku mintak maaf kalau selama kita kawan , aku ada banyak salah dengan korang semua . Korang kawan -2 aku . Takkanlah aku nak lupakan macam tuh jee . Akulahh manusia paling bodoh kalau aku lupa kawan aku sendiri . Sebelum aku kenal erti persahabatan , aku rasa macam kawan -2 tuh , patung mainan yang aku selalu hentak -2 dekat dinding kalau aku menangis . Tapi sampai sekarang pun , aku still buat benda yang sama . Kalau aku menangis , aku menangis sebab aku rindukan korang . Aku tak hentak -2 dahh . Aku cuma peluk Elmo , menangis , dan aku ingat kat korang"

Aku nak tambah dekat sini sikit yangg "Aku bahagia kenal dengan korang . Walaupun kadang -2 kita ada gaduh , tapi kita tak pernah nak benci antara satu sama lain . Aku tahu , aku takk boleh jadi kawan yang baik untuk korang .

  • Aku selalu susahkan korangg . 
  • Aku takk angkatkan barang korang bila korang penat 
  • Aku tak belikan air untuk korang bila korang dahaga
  • Aku takk lapkan peluh korang bila korang berpeluh 
  • Aku takk lapkan air mata korang bila korang menangis
  • Aku takk ketawakan korang bila kau kena ejek 
  • Aku takk tarik korang ke tepi bila kau nyaris-2 kena langgar dengan kereta 
  • Aku takk belanja korang makan bila korang takde duit dan koran lapar
  • Aku takk dapat tolong korang bila korang ada masalah besar 
  • Aku takk dapat backup korang bila korang kena pukul 
  • Aku tak boleh nak bagi korang gelak bila korang sedih 
  • Aku tak boleh nak kejar korang bila korang lari , merajuk 
  • Aku takk boleh nak picitkan badan korang bila korang letih 
  • Aku takk boleh nak topupkan korang bila korang ada emergency
  • Aku takk boleh nak belikan korang hadiah mahal -2 , lawa -2 untuk harijadi korang 
  • Aku takk boleh nak bagi  korang cincin aku , gelang aku , atau barang -2 lain 
  • Aku takk boleh nak tolong korang dalam exam 
  • Aku takk boleh nak belikan korang makanan bila korang lapar 
  • Aku takk boleh nak pegang tangan korang bila korang sejuk 
  • Aku takk boleh nak tangkap gambar dengan korang ramai -2 sebab aku tahu aku taklayak
  • Aku takk boleh nak gelak -2 dengan korang bila korang buat lawak 
Aku mintak maaf wehh ! Aku memang takk boleh buat semua tuh untuk korang . Tapi ada benda yang korang tak tahu , yang aku boleh buat untuk korang nanti . AKU AKAN JADI KAWAN KORANG SAMPAI MATI .



Jumaat, 4 November 2011

IBU !!! :)


"Ibu , angah mintak maaf kalau angah ada salah dengan ibu . Angah tahu angah banyak dengan ibu dan angah sedar pengorbanan ibu untuk angah terlalu besar . Ibulahh orang yang paling angah sayang dalam hidup angah" 

Kawan -2 , kita baca entry pasal ibu pulakk kali ni . Waktu nilahh waktu yang paling sesuai untuk kita duduk depan Laptop , baca dengan penuh teliti dan kita kenang balik apa jasa ibu kita untuk kita selama kita hidup bergelar seorang manusia :) . Korang pernah terfikir takk kalau satu hari nanti , insan yang bergelar IBU , yang kita sayang , yang kita peluk setiap kali kita nak pergi sekolah , yang kita teman dia pergi pasar , yang kita apit dia dalam pelukan setiap kali melintas jalan , Hilang di duniaa ? Apa korang rasa ? Ya Allah ! Waktu tuh , kita rasa macam dunia ni kosong sangat kann ? Hanya Allah yang tahu macam mana rasanya perasaan kita waktu tuh .

"Ibu , kalau ibu nak tahu , angah rasa sunyi sangat bila ibu takdee . Tiap kali angah bangun pagi nak pergi sekolah , angah cari ibu . Biasanya , dalam pukul 6.15 , ibu dah gerak angah pergi mandi , siap -2 nak pergi sekolah . Ibu kejut angah . Angah tepis tangan ibu . Angah cakap - "Jangan kacau aku ! Aku nak tido , mengantukkkkk ! " . Angah tengking ibu . Ibu tak pernah nak pukul angah , apalagi jentik . Ibu tatang angah , sayang angah macam ibu jaga nyawa ibu sendiri . Bernilai sangat angah di mata ibu . Ibuu , angah nak ibu balikk ! Angah nak ibu kejut angah macam dulu -2 . Kalau boleh , kali ni , angah nak bangun dari tidur , dan terus peluk ibu . Angah nak peluk ibu kuat -2 dan angah nak bisik dekat telinga ibu - "Angah sayangkan ibu , dan angah mintak maaf kalau sebelum ni angah berkasar dengan ibu" .

Korangg , dalam dunia ni , takde seorang manusia pun yang sempurna . Dan kita perlukan seseorang untuk dorong kita jadi seorang yang sempurna . Takpelah , kalau kita tak sempurna , tapi kalau kita baik , orang akan pandang kita baik . IBU kita , adalah orang yang paling kita perlukan dalam hidup ! Dia baikkk dengan kita , faham kita , dia tahu macam mana nak pujuk kita , dan dia takk pernah benci kita macam mana orang lain benci kita sebab kita anak dia !

"Dulu -2 kan , angah selalu tolong ibu masak , basuh pinggan , teman ibu pergi pasar , selimutkan ibu kalau ibu sejukk , lapkan lantai kalau air kopi tumpah , dan angah selalu peluk ibu kalau angah takut dengar petir . Ibu peluk angah kuat -2 , erat -2 . Angah peluk ibu , cium pipi ibu dan angah rasa waktu tuh ibu ada untuk angah buat selama -2 lamanya . Kadang -2 , angah lari dekat ibu kalau ibu suruh angah balik . Waktu dah senja , syaitan banyak . Angah takut , angah masuk bilik , angah terus peluk beruang . Tapi angah terlupa beruang tuh tak boleh dengar cakap angah . Jadi angah lari dekat ibu , angah peluk ibu . Bagi angah , saat angah peluk ibu , rasa macam angah dalam Syurga . Ya Allah ! Angah nak sangat hidup dengan ibu sampai bila -2 . Ibu boleh jaga angah elok-2 kann ?"

"Ibu -2 , angah ingat lagi waktu tuh , angah kecik . Angah tak tahu apa -2 pun . Angah cuma boleh angguk , geleng , senyum dan menangis . Ibu ada cakap dekat angah , yang manusia semuanya akan mati . Angah senyum :) . Tapi muka ibu takk senyum . Angah nampak ada air keluar dekat mata ibu . Angah senyum lagi . Mungkin waktu tuh , angah tak tahu apa -2 . Andaikan kalau angah dah besar , ibu cakap macam tuh . Mesti angah nangis ! Angah tak boleh tengok orang lain nangis . Air mata ibu , angah kesatkan , angah peluk ibu kuat -2 . Ibu cakap lagi , satu hari nanti , kalau ibu dah takdee , angah jangan nakal -2 . Jaga diri , jaga bahasa , buat baik dengan orang , jangan kawan dengan orang jahat dan dapatkan ibu seorang menantu yang baik . Subhanallah ! Bayangkan waktu tuh , angah dah dewasa ? Angah mesti nangis ! Angah taknak kehilangan ibu ! Angah nak ibu ada untuk angah walau apa pun yang terjadi . 
Angah nak ibu pimpin angah jadi manusia yang baik . Ajar angah macam mana nak pikat wanita . Angah tak tahu apa -2 . Cuma yang angah tahu , ANGAH SAYANG IBU ! 

Kawan -2 , kita sayang ibu kita okayy ? Diorang lah yang lahirkan kita , tempat kita mengadu masalah . Kita kena ingat , pengorbanan ibu kita , takk ternilai sebab benda tuh terlalu berharga untuk kita ! 

Sekian . 





Rabu, 2 November 2011

11 July - 24 October 2011


11 July , tarikh yang aku takk dapat lupakan sepanjang hidup aku . Waktu tuhlah aku mula bersama dengan dia . Happyyy sangat time tuh . Yelahann , siapa tak happy kalau dah ada pasangan . Aku takk pernah rasa sebahagia macam tuh . Dia orang yang paling baik , paling cantik , paling comel , paling periang , paling banyak mulut dan palingg sporting sekali yang pernah aku jumpaa .

Waktu perkenalan dulu -2 , aku ingat lagi , kitorang guna 'Aku-Kau' jee . Sebab aku tak suka main 'I-You' ni . Dia faham aku , aku faham dia walaupun kadang -2 ada time -2 gaduh kitorang . Haha ! Tapi gaduh takk lama - Kitorang baik balik . Dia pujuk aku . Aku kuat merajuk dulu , dan dia ada cakap dengan aku yang dia takk suka aku kuat merajuk dan kena jadi kuat sikit . Aku ingat sampai bila -2 . Dan aku janji dengan dia walaupun kitorang dah breakk , aku takkan merajuk macam budak kecikk lagi lepas ni . 


3 bulan setengah kitorang bersama . Fuyooo , macam -2 kitorang share , kitorang redah . Dia jenis yang kasar dan garang . Tapi kadang -2 dia manja dengan aku , dengan semua oranglahh . Aku selalu usap rambut dia kalau dia panas , angkatkan beg dia kalau dia penat , belikan dia air kalau dia dahaga . Aku taknak dia susah . Aku tak boleh tengok orang susah depan aku . Hmm , tapi sekarang semua tuh dah jadi kenangan . Aku nak sangat kenangan tuh masih kekal sampai sekarang walaupun kitorang dah ada pengganti baru .

Dekat sini aku ada macam -2 benda nak cakap dan bagitau kau  

  • Aku mintak maaf kalau aku takk dapat bahagiakan kau macam mana orang lain bahagiakan kau 
  • Aku mintak maaf kalau aku berkasar dengan kau dan tak layan kau elok -2
  • Aku mintak maaf kalau aku ada keluarkan perkataan yang tak elok dekat kau 
  • Aku mintak maaf kalau aku selalu salahkan kau kalau kita gaduh 
  • Aku mintak maaf kalau aku ada tolak kepala kau , tarik rambut kau , tumbuk kau , sepak kau dan cubit lengan kau sampai merah -2 
  • Aku mintak maaf kalau aku ada tinggi suara dengan kau 
Kau ingat tak dulu -2 :
  • Aku selalu marahkau kalau kau tak makan ubat , melawan cakap Ummi dan berkasar dengan kawan -2 kau .
  • Aku selalu usik kau . Panggil kau 'Mokk' - 'Pundekk' 
  • Kita dah plan dah , kalau kahwin - Tema perkahwinan kita semua merah , baju pengantin warna merah plain ( Taknak rompol -2 atau labuci -2 ) , ada Elmo , buat dalam Zoo yang ada ular , anak serigala , 
  • Lepas tuh , kalau hantaran , mesti kau nak kereta Lamborghini .
  • Kalau aku rindu kau , aku mesti call kau dan cakap 'Biyyy , rinduu' - Time tuh suara kau comel sangat dalam phone .
  • Kau nak back-up aku kalau gaduh dalam office .
  • Kau dah jumpa MakLang and time tuh , nasi yang kau makan , tak habis , and kau passkan dekat aku . Kau nak aku makan banyak -2 , tambah sampai 2 pinggan . 
  • Kau nak aku gemokk , supaya kau boleh peluk aku kuat -2 . 
  • Patung Angry Birds kau yang kau bagi aku dulu -2 , sampai sekarang , masih duduk dalam pelukan Elmo aku . Diorang takk boleh berpisahh . 
  • Kau tahu , yang aku suka makan coklat . Takk kira coklat apa pun . Kau ada belikan aku coklat Cadburry yang besar . And time tuh , aku rasa happy sangat sebab kau belikan aku coklat . Aku terharuu . 
  • Kalau kita jumpaa je , aku mesti mengadu dekat kau - 'Biyy , lapar' - lepas tuh kau terus bawak aku pergi makan . 
  • Aku selalu cakap dekat kau , kalau buat salah dekat orang , terus mintak maaf . 
  • Aku belikan kau cincin 8 ringgit yang takk seberapa tuh ? Aku betul -2 nak kau simpan cincin tuh dan jangan bagi siapa -2 pakai . Kau dah janji dengan aku . 
  • Aku melutut depan orang ramai , dan bagi kau bunga warna merah yang aku beli tepi Lot10 . Time tuh muka kau merah padam . 
  • Aku peluk kau kuat -2 , kalau kau takut tengok orang gila . 
  • Kita pergi photoshoot sama -2 dekat Tasik . Time tuh kau nak pakai short-pants , tapi aku tak bagi sebab terlalu seksi . Aku tak suka . 


Lastly , aku nak mintak maaf kalau selama kita couple , aku ada susahkan kau , kasar dengan kau dan keluarkan perkataan yang tak senang  . Kita lupakan semua tuh okayy ? Kau dah janji dengan aku yang kita akan jadi kawan baik sampai mati ? Kau dah banyak bahagiakan aku , dan aku hargai semua tuh . 

Kepada Dewi NurQhairunnisa Bt. Abdul Rashid - Gongg-2 , Oink -2 :D 

Isnin, 12 September 2011

Alahh - Sikit -2 Bagitau Mak , Macam Budak Kecik !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanyiii ! Haa - sebelum tuh , aku nak mintak maaf sebab dahlama tak tepek entry baru :D Hehe , busyy maaa . Trial maaa . Tapi memandangkan ada yang dahh memekak -2 nak baca entry baru , aku buatlahh jugak :D Tapi jangan tak baca sudehh.
Entry kali ni pasal time kita kecik -2 dulu ! 


Anyway , sekarang ni , aku dah besar panjang dahh . And aku dah dapat kenal sapa kawan -2 aku , sedara mara aku , Teddy Bear aku yang aku selalu sentel kat hidung time nak tidur dulu , mana rumah aku , and even aku dah reti maki -2 orang . Kalau dulu , satu apa pon aku tak tau :D Tapi yang maki -2 tuh , aku tak sangat lahh . More to perli jeee . Hurmm - korang pon dah besar kan ? Ada yang dah macam bapak orang , mak orang , even ada yang aku tengok dah boleh ada rumah - tangga sendiri :D Besar bebenorrr . 


Korang -2 , ingat tak time dulu -2 , kalau kawan kita tumpahkan nasi atas baju kita ke , sepak kaki kita bila nak beratur beli makanan kat kantin , and ada yang main kejar -2 sampai tergolek-2 atas tanah . Haha , korang mesti takkan lupa . Samalah macam aku . Dulu -2 , aku selalu lari -2 dengan kawan -2 aku kat padang , simbah -2 air masa pergi tandas , main tolak -2 masa beratur dalam perhimpunan , tarik tudung budak perempuan dengan tujuan nak mengorat lah katakan 
. 

Fuyoo - tapi ada jugak yang sanggup bagitau mak diorang kan ? "Mak -2 , budak tuh tolak Angah masa beratur beli ais-krim tadi" , "Kita bagitau mak kita ! " 
Haha , aduhh , kadang -2 tergelak kan bila kenangkan balik kenangan sengal tuh ?  Almaklumlahh , masa tuh kita kecik lagi . Nak lawan balik pon , nanti kena hantar kat bilik guru besar jugakk nanti kann . Ayat -2 koman macam tuh lahh , yang aku dahlama tak dengar sekarang . Haiih -  rasa rindu sangat nak dengar balik ayat tuh . Ada yang jerit pekik , menangis pergi jumpa mak dia lahh , and ada jugak yang sanggup ajak mak dia marah budak tuh sekali . Haha , mungkin aku lah orang nya tuh :D 

Alahh , standard lah kan , budak kecik . Korang pon dulu -2 mesti bagitau mak kan ? 
Ecececeh , tutup muka letewwww . Zaman sekorang , kita dah tak dengar budak -2 kecik cakap macam tuh lagi . Tapi apa yang keluar dari mulut diorang , kebanyakkannnya mencarut jee .
Hurmm - Susah nak kembalikan memori kecik -2 dulu . 


PERCAYALAH , KALAU DAH BESAR PANJANG NANTI , KITA PASTI RINDUKAN SAAT TUH ! :D . FIKIR-2KAN ! ZAMAN KITA KECIK -2 DULU ANTARA ZAMAN YANG KITA TAKKAN LUPAKAN !

Selasa, 6 September 2011

Kehilangan kau seperti aku hilang nyawa aku sendiri .

Nama aku Zack Zuandy . Dan aku dah hidup 17 tahun atas muka bumi ni . 
Sepanjang kehidupan aku , kebahagiaan aku kebiasaannya hanya sementara . Yee , aku tau , semua orang berhak merasai kebahagiaan . Aku selalu ingatkan diri aku , yang kebahagiaan di dunia yang aku ada sekarang hanyalahh sementara . Aku dah banyak kali rasa kebahagiaan . Tapi apakandaya , memang betul cakap orang 'Setiap Pertemuan Itu , Pasti Ada Perpisahan' 

Dewi NurQhairunnisa adalah seorang wanita yang aku sayang seperti mana aku sayang nyawa aku , dan keluarga aku . Hmm , kalau ditakdirkan Allah bagi aku peluang untuk kahwin dengan dia , aku anggap benda tuh satu kejayaan dalam hidup aku yang aku takpernah dapat sebelum  ni 


Fuyooo - Nessa seorang yang sangat Happy Go Lucky dan sikap dia yang manja tuhlah buat aku jatuh hati dengan dia . Even kadang -2 datang time gila dia tuh , aku sendiri pon lotihh nak melayan oii ! Kitorang kawan -2 pon , letih  nak layan dia . Haha , aku betul -2 bahagia dengan apa yang aku ada sekarang :D Keluarga , Kawan -2 , Pasangan Hidup and tak lama lagi , ada Keluarga Mertua :D #KorangAda ? ?

Nessa , I taknak kehilangan you !! I takut kalau I kehilangan you , I hilang nyawa I sekali .
Dengan Nama Allah Nessa , you dahh berikan I kebahagiaan yang I cari selama ni . I bahagia dengan family I , kawan -2 kita , and even family you pon I tak expect yang diorang akan terima I .
Eh -2 , you nak tau tak , semenjak mummy-2 kita duduk berborak pasal kita harituh , my mumm asyik cakap pasal you dengan Ummi jee . Hehe - mula -2 I rasa macam malu lahh sikit sebab sebelum ni my mum tak pernah masuk campur hal -2 macam ni . 

Sebelum I kenal you , I dah ramai kapel dengan macam-2 jenis pasangan . Yess  , memang dulu I selalu tukar -2 pasangan . Tapi bila I dengan you , nafsu tuh macam dah hilang terus . Maybee you pakai saka kott ?? Ngeh3x - Kidd. :D 



I janji , I akan jaga you , and I takkan tinggalkan you ! Itu janji kita kan ? Kalau you break janji you , memang I takkan maafkan you even you cubit I kuat -2 pon . I harap hubungan kita kekal macam mana gambar tuh tunjuk . 

~ Yang kanan tuh Nessa 
~Yang kiri tuh Zack 

Bila diorang kawen , diorang nak letak nama anak diorang apa eakk ? Aduhh , nama isteri dia dahlahh panjang , nama suami pulakk dah macam mat salleh . 
Takpee -2 :D kita suruh mummy -2 kita yang pilihkann . 
Haha , ILOVEYOU ! 
#Muah pipi kanan , Muah pipi kiri .

Isnin, 5 September 2011

Tak suka dengan kawan yang tak ikhlass !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanyiiii :D . Berbalik kepada tajuk utama kita iaitu 'Tak Suka Dengn Kawan Yang Tak Ikhlas' , aku nak story sikit lahh pasal PERSAHABATAN . 
Yeeer , memang betul , semua orang dalam dunia ni , ada kawan ! Fuyoo - sampai ada yang terlalu ramai kawan sehinggakan lupa kawan lama . Tuh aku tak boleh nak komen apa -2 takut ada pihak yang terasa . 

Aku dah hidup 17 tahun , dan aku dah ada ramai sahabat doooh :D Yang baik , comel , peramah , kuat berleter , jahat , garang , dan macam -2 lagi lahh ! Setiap orang yang aku jumpa bagi aku diorang kawan aku . Tapi tak taulah kalau diorang anggap aku kawan diorang ke takk kan :D 
Haha - aku tak kesahlahh , yang penting aku ada kawan dan kawan tuh berguna . 

Aku tau yang aku dah banyak buat salah dekat kawan -2 aku . Walaupun kesalahan tuh diorang tak nampak dan aku sendiri tak mengaku , aku betul -2 mintak maaf . Kawan -2 aku lahh tempat aku kongsi masalah kalau aku dah takde tempat nak mengadu , diorang tempat aku kumpulkan semua gelak -2 aku , diorang tempat aku lepak sama- 2 kalau bosan , gurau -2 senda dan diorang jugak lah tempat aku tagih kasih sayang kalau aku dahh takdee kasih sayang . Hmmm -.-

Bagi aku , kawan adalah antara orang yang rapat dalam hidup kita . Dan diorang mampu memahami kita . Sehinggakan ada yang memahami kita lebih dari keluarga kita sendiri . Aku berkawan , tak kira umur , darjat , paras rupa ataupun benda -2 yang menzahirkan niat aku untuk berkawan . #OkayyAkuJiwangg . Haha . 

Kadang -2 aku pernah terfikir , kalau ada kawan -2 aku yang dah takde dalam dunia ni , dan kawan tuh adalah antara yang aku sayang , aku rasa hidup aku dah tak bermakna dahh . Dengan Nama Allah , kehilangan seorang kawan yang aku sayang , macam aku hilang separuh nyawa aku sendiri . Aku takkan lupakan setiap kenangan aku dengan kawan -2 aku walaupun aku tak rapat dengan orang tuh . Andaikan kalau aku dahh besar , mungkin orang yang kita tak rapat dulu -2 , satu hari nanti dia akan jadi kawan kita dunia akhirat . Jadi bagi aku , tak kiralah betapa buruknya seorang kawan tuh , Dia Tetap Kawan Aku ! 


Haha - dulu -2 time kecik -2 , selalu jugakklah aku pegang tangan kawan aku bila melintas jalan , naik bas , even , nak pergi naik ke kelas pon , sanggup pegang tangan kuat -2 dari perhimpunan sampai masuk kelas . Tapi sekarang , benda tuh aku dah tak rasa sebab zaman dah makin berubah dan orang pun banyak dah berubah . Apa cuma harapkan kenangan kecik -2 dulu , dapat di jadikan satu kenangan yang aku dapat kenang balik dan gunakan sekarang ni . Hmm , tapi takpelahh , benda tuh semua dah jadi kenangan dah . Dah lembik penyek ditelan zaman . 



Kepada semua kawan -2 aku , di sini aku nak mintak maaf kat korang kalau selama kita kenal , aku ada buat salah dengan korang . Yerr , betul , Zack Zuandy memang suka bergurau , dan aku mintak maaf kalau gurauan aku kasar . Sejujurnya , kita berkawan sampai mati dan aku janji Atas Nama Allah , siapa -2 jee yang pernah kau kenal dalam hidup aku , aku anggap dia kawan aku sendiri . Korang jangan memilih kalau nak berkawan , sebab benda tuh semua akan rosakkan hubungan kau dengan kawan kau .

Aku menyusun sepuluh jari kalau aku ada buat salah kepada setiap kawan aku . 
Takpeee , kita kawan ni kenalah ada gurau-2 anjing sikit . Tapi aku mintak , kepada kawan -2 aku yang dahh lupa diri tuh , tolonglah jangan tepek perangai tuh dalam diri korang sebab satu hari nanti , perkara yang sama akan jadi kat korang . 

DENGAN NAMA ALLAH , AKU TAKKAN LUPAKAN KAWAN -2 AKU :D 
Assalamualaikum ! Peaceeeee -.- 

Ahad, 4 September 2011

Malunye.. Nape cakap pasal cinta ni ? Haih =.= "

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanyiiii :D Haaa , memandang blog aku ni bertemakan jiwang -2 karat yang tak seberapa nak jiwang , aku nak cerita pasal CINTA .
Dah jadi lumrah kehidupan manusia , bahawa percintaan itu tulus dan perpisahan itu mutlak .
Kat blog inilahh aku luahkan segala perasaan aku . Tak kiralah samada cinta ke , frust-menonggeng ke , sedih ke , gembira ke , tapi apa yang aku faham semua orang nak kebahgiaan !

Fuyoo , masa aku first-2 kenal maksod cinta tuh , aku macam orang bodoh siall ! Kengkadang ada jugak tengok cerita ong puteh main kiss -2 dalam movie . Alahh - time tuh kecik lagi . Tak tau apa , sampai ada satu masa tuh , aku sanggup kiss dengan bear aku sendiri . Konon -2 macam berlakon dalam movie lahh . Haha . Selenge sial time tuh  ! Aku sendiri pon tergelak bila kenangkan balik waktu dulu -2 aku kecik . CINTA zaman aku dulu -2 tak indah seperti mana aku tak dapat memahaminyaa . 

Sekarang , aku berumur 17 tahun . Dan aku dah ada cinta aku sendiri . Alahh , semua orang yang sebaya dengan aku dah ada cinta masing -2 . Sampai ada yang lupa sahabat sendiri . Biarlahh , yang penting diorang bahagia dengan pasangan masing -2 . Haaa- aku pon bahagia jugakk . Jgn ingat orang lain jee yang bahagia . CINTA aku time lepas akil baligh ni , semakin lama semakin CUN ! Dulu , aku tak faham langsung apa sebenarnya maksod 'ILOVEYOU' . Erghh , sampai sanggup cari kamus semata -2 nak cari maksod perkataan tuh . 



Bagi aku , CINTA tuh macam gula . Manis lah katanya . Tapi bila CINTA tuh dah takdee , aku anggap macam hempedu . PAHIT gila babi ! Eee , aku taknak benda tuh jadi kat aku . Semua orang mesti nak cinta kan ? Alahh , takpayah cakap , yang tengah single tuh pon mesti terpinga -2 cari pasangan . Lumrahh hidup wehh . Kau kena terima lahh .



See , cinta boleh digubah melalui pelbagai bentuk , versi dan cara penyampaian . 
Cuma yang membezakan hanyalah ? KEJUJURAN .
Aku jujur dengan cinta aku dan aku hanya cintakan seorang wanita sahaja . Wanita tuh betol-2 memahami aku dan hidup aku . 

Dengan nama Allah , aku CINTAKAN Dewi NurQhairunnisa dengan sepenuh kejujuran .

Terserlah kesengalan kau :D

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanyiii :D Kali ni aku nak cerita pasal sorang mamat ni yang aku dah kenal dalam laman sesawang Facebook :D . Dia seorang yang boleh tahan selenganyaa , sengal dia pon boleh tahan :D Kadang -2 letih jugak layan dia ni sebab macam kerenah . Lepas satu , satu yang datang . Aiyoyoyoyo -.- 

Nama : UNKNOWN
NickName : Mirul Jackson 
Sifat Kekal : Sengal 

Apa yang aku tau , dia kawan baik aku dalam FB . Haha , kau tunggu jelahh cekodok , aku jumpa kau , memang tak kena luku , kena selekeh pon bolehh :D . Kau dahlahh sengal , tapi aku suka :D Ada time -2 kau gedik , manja -2 anjing dengan aku :D Atotototo #KissCikit :D 



Kau kena ingat , aku kawan kau ! Kalau aku tau kau lupakan aku walau sedetik dah berlalu , memang aku tibai kau dengan helmet ! Haha :D Sayang kau ! 

Aku sayang kau Muhammad Azan Anas Bin Muhd Ali .

Assalamualaikum semua ! Sebelum aku berleter , aku nak cakap sikit pasal PERSAHABATAN .
Dalam dunia ni , semua orang ada sahabat . Yeee , memang betol , sahabat tuh penting , dioranglahh tempat kita kongsi masalah kita , tempat kita cari keseronokan bersama -2 . Aku hidup dah 17 tahun atas muka bumi ni , dan aku ada ramai sahabat . Well , ada sesetengah yang tak boleh pakai , ada jugak yang macam sakai jee . Aku paling tak suka kalau kawan makan kawan . Bendaa tuh kalau boleh aku nak buang jauh dalam setiap persahabatan . 

Kepada Muhammad Azan Anas Bin Muhd Ali , bagi aku , kaulahh antara kawan yang paling sengal dalam hidup aku . Walaupun kadang -2 kau sakitkan hati aku dengan perangai manja kau tuh , tapi bagi aku benda tuh lahh yang buat aku happy dengan kau . Haha . Aku pernah cakap dekat kau yang aku BENCI KAU SAMPAI MATI kann ? Tapi sekarang benda tuh dah berubah sebab untuk pengetahuan kau , aku sayang kau macam aku sayang nyawa aku sendiri .

Azan , kau jangan lupakan aku pulak kalau kau masuk sekolah askar nanti . Haha , macam kau cerita kat aku . Sumpahh , kalau kau takdee , aku rasa macam hidup aku kosong Azan . Aku dahh cukup bersyukur lahh ada kawan macam kau . Sengal , Blurr , Gedik , Manja , dan Comel tuh ada lahh sikit . Act. aku lagi comel banyak :D . Kau tau takk , aku dengan Nessa , Ummi dan semua -2 lahh , anggap kau macam keluarga sendiri :D Kau jgn lupa daratan pulakk kalau kau dah senang nanti . 

Kita kenal tahun lepass . Tapi aku dah banyak kongsi masalah aku dekatt kau sebab aku percayakan kau . Aku percaya yang kau baik kann ? Kau tunggu jelah , kalau kau buat jahat , memang Aku dengan Nessa kasi seret kepala kau kat jalan . Apa kitorang kesahh ! 
Haha , aku kenal kau dulu -2 macam taknak kawan je sebab masing -2 buat hal masing -2 . Tapi sekarang , bila aku dah mula rapat dengan kau , aku rasa macam kau macam ahli keluarga aku sendiri . Kau macam adik aku sendiri ! :D Kau tak percaya ? Lantak kau lahhh . 



Aku sayang kauu lempeng penyekk ! :D