Selasa, 8 Januari 2013

Apa Yang Pergi ..... Biarkan Pergi


Assalamualaikum semua! Tak sangka kan , kejap betul masa berlalu? Tup-tup , dah masuk tahun 2013!!! Oh well , masa tu berlalu tanpa kita sedari. Aku taknak berleter panjang. Untuk post yang pertama bagi tahun 2013 ni , aku nak bercerita soal macam mana kita sebagai seorang hamba Allah SWT untuk belajar , melupakan perkara yang sudah berlalu. Well , post ni aku buat khas untuk arwah adik aku Allahyarham Zack Zuhairi bin Shamsuddin. Dia lah satu-satu adik lelaki aku yang aku ada. Aku betul-betul sayangkan dia dan sewaktu dia meninggal , aku tak sempat nak jumpa arwah. Tapi takpe , tu semua ada hikmah di sebaliknya. Aku akan tetap sayang dia , ingat dia sampai bila-bila dan aku akan sentiasa mendoakan dia di alam sana. 

Kawan-kawan , alangkah indahnya dunia ni kalau setiap perkara , setiap kata-kata , setiap niat kita itu dapat kita kongsikan dengan semua orang. Alangkah indahnya dunia ni kalau kisah percintaan kita , kisah derita kita , kisah bahagia kita dan kisah suram kita dapat di terima orang dan kita boleh menagih simpati dari orang lain. Bukan bermaksud untuk menjadi seorang yang tamak haloba dalam mengaut publisiti atau meraih simpati , tapi jika hidup kita ni , orang lain dapat tahu , dapat rasa macam mana kita rasa , orang lain mampu tolong kita dalam apa jua kesusahan , mesti seronok kan? Tapi ......... hidup ni tak selalu indah. Hidup ni tak selalu seperti apa yang kita inginkan. 


Haishh , aku rindu dengan semua kenangan waktu dulu :( Aku rindu kenangan dengan kawan-kawan aku dulu :( Aku rindu kenangan dengan cikgu sekolah aku dulu :( Aku rindu kenangan dengan semua orang :( Tapi aku percaya kalau kita ada kekuatan , kita ada dorongan dan kita ada hala tuju yang betul untuk apa yang kita buat , Insya-Allah , tu semua akan menjadi satu kenangan yang indah. Tidak kira lah samada betapa buruknya kenangan tu dulu. Kawan-kawan , takkan pernah ada seorang pun manusia di atas muka bumi untuk tidak menyesali pemergian insan yang di sayangi. Well , benda dah terang-terang kan? Sebab kita semua ada perasaan. Perasaan sedih di mana kita kehilangan orang yang di sayangi , di rindui , orang yang kita selalu jumpa tiap-tiap hari , orang yang selalu kita tegur dekat sekolah tiap-tiap hari , mahupun orang yang kita peluk , cium sebelum kita sekolah tiap-tiap hari :(  Segala apa yang kita ada , satu hari nanti akan musnah sampai bila-bila. Kalau sekarang , kita ada segala-galanya yang kita mahukan , tak mustahil satu hari nanti kita akan hilang segala-galanya yang kita inginkan. 

Biarlah  apa yang pergi , pergi selamanya. Tak elok nak kenang benda lama. Kita mengenang benda lama sebagai satu titik tolak untuk kita mengubah diri kita , persepsi kita , pemikiran kita terhadap dunia , orang lain , mahupun sesiapa sahaja. Kita mengenang benda lama , agar kita jadi seorang individu yang lebih pintar , lebih bijak mengatur langkah , menyusun kata-kata dalam setiap hari , setiap saat hidup kita. Kita mengenang benda lama adalah sebagai satu gambaran dan pedoman agar segala yang berlalu itu , jangan pernah di ulangi lagi dan semoga kita serta semua orang jadi lebih baik dari segala benda lama tersebut. 



Aku selalu nasihat diri aku dan kawan-kawan aku semua:
"Apa yang kita buat , buat dengan elok. Kalau rasa benda tu tak elok , kita takpayah buat. Jangan sebab kita ragu-ragu , kita nak mencuba. Mencuba tu tak salah , tapi kadang-kadang , jangan terlalu memakan diri sendiri. Biar kita tak di kenali orang , asalkan kita tahu mengenang. Biarlah kita takde beribu kawan sekalipun , asalkan kita tahu macam mana untuk menghargai. Bila sunyi , jangan cuba untuk buat perkara tak elok. Dekatkan diri dengan Allah SWT. Kalau kita lemah , jangan berputus asa. Kita tahu kita kuat sebab kita memang kuat dan Allah SWT ciptakan manusia bukan atas sebab kita lemah , tapi adalah untuk uji kekuatan kita dalam menempuh ujian hidup" 


Selasa, 27 November 2012

Be Strong!

Assalamualaikum semua! Sihat? Aku harap semua sihat-sihat belaka. Alhamdulillah. Kawan-kawan , Sejarah ada masa silam kita. Kita takboleh ulang sejarah dulu-dulu melainkan kita ada kuasa untuk melakukan perkara tersebut. Tapi aku rasa so far teknologi moden zaman sekarang memang takde lagi di ciptanya mesin pemutar masa. Masa silam kita dulu-dulu hanyalah satu kenangan. Kenangan di mana kita boleh ambil sebagai satu pengajaran buat kita dan orang lain. Tak kiralah kenangan tu satu kenangan yang manis ataupun pahit. Hm , semua tu terjadi dengan izin Allah kan? Dan , segala yang terjadi tu ada hikmah di sebaliknya. Setiap orang atas muka bumi ni , menginginkan satu kenangan yang dia boleh ingat sampai bila-bila. Well , tu semua atas segala yang kita buat.


  • Tangan kita lah yang tolong makcik tu angkatkan barang dia pergi pasar. 
  • Tangan kita yang curi pensel kawan kita sewaktu dia pergi tandas lepas tu bila dia masuk kelas balik , kita pura-pura taktahu bila dia cari pensel dia yang hilang tu.
  • Kaki kita lah yang pijak lipas tu sampai lenyek keluar otak segala anggota badan sebab taknak kekasih hati kita kononnya menjerit sebab ketakutan.
  • Kaki kita lah yang sepak bola tu sampai terkena cermin rumah makcik sebelah dan pecah bersepai sampai satu kawasan perumahan tu kecoh.
  • Telinga kita lah yang dengar ceramah daripada Ustaz kita dekat sekolah sampai kita menangis teresak-esak mengenangkan nasib ibu-bapa kita dulu-dulu
  • Telinga kita lah yang sibuk dengar lagu Justin Bieber , Carly Rae Jepsen , One Direction , Lady Gaga , Katy Perry , dan segala jenis lagu dalam dunia ni sampai kita lupa kewajipan kita sebagai seorang Muslim.
  • Mata kita lah yang tengok video Oppa Gangnam Style dekat Youtube sampai sanggup download dekat Laptop.
  • Mata kita lah yang tonton cerita Ombak Rindu lakonan Maya Karin dan Aaron Aziz sambil ada tisu dekat sebelah konon-konon fe-feeling jiwang nak nangis.
  • Mulut kita lah yang tak henti-henti berzikir nama Allah sehari semalam walaupun zikir kira tu hanya sedikit tapi ia cukup untuk membimbing kita.
  • Mulut kita yang mengeluarkan suara-suara sumbang cakap tak baik pasal orang lain punya salah sedangkan kita sendiri tak sedar diri dengan diri kita sendiri.
  • Hidung kita lah yang bau lauk orang rumah sebelah sampai menangis-nangis pegang kaki mak suruh masak lauk yang sama jugak.
  • Hidung kita lah yang tersumbat waktu malam atau waktu kita demam sampai nak bernafas pun takboleh dan ibu kita jugaklah yang tolong kita buang hingus kita.
  • Fikiran dan minda kita lah yang sentiasa berfikiran positif dan dapat menerima segala pendapat , kritikan dan teguran daripada orang lain sehinggakan kita mampu membina jati diri yang kuat dan teguh.
  • Fikiran dan minda kita lah yang sering memikirkan macam mana nak ubah hidup kita untuk jadi lebih baik dari sekarang dan kita nak ibu bapa kita hidup senang kan?
Kawan-kawan , memori dulu adalah satu pandangan dan gambaran yang dahlama kita buang jauh-jauh. Kita hidup sekarang dengan hidup kita sekarang dan apa yang kita buat sekarang adalah semuanya ketentuan dari Allah. Kalau takde sejarah , takkan ada segala yang ada sekarang ni. Aku pun pernah lalui macam-macam jenis sejarah , masa silam dan susah-payah waktu dulu-dulu. Aku nak sangat waktu dulu di mana :




  • Aku boleh pegang tangan kawan aku waktu beratur dekat perhimpunan sambil nyanyi lagu Negaraku.
  • Aku dapat gelak dengan kawan-kawan baik lama aku dalam kelas sambil main TERUP , main SNAP , main HAPPY FAMILY , main TUTUP BOTOL , main DAM , main ENJIT-ENJIT SEMUT sampai merah tangan kawan aku , main lawan-lawan IBU JARI , main KEJAR-KEJAR dalam kelas ( Tak main sep bebas , main patung , main jalan itik ) dan main BINGO sampai 10 orang satu meja dan orang yang kalah kena menari Zapin depan kelas.
  • Aku boleh lari satu padang dengan kawan aku sewaktu Hari Sukan Sekolah sampai terjatuh tersembam atas tanah sebab terlanggar batu.
  • Aku dapat pergi tandas ramai-ramai satu rombongan dengan kawan-kawan aku sambil jalan depan perempuan lepas tu saja gelak kuat-kuat bila sampai depan kelas diorang.
  • Aku mampu untuk tolong cikgu aku angkat buku pergi Bilik Guru kononnnya kesian tengok cikgu penat susah-payah mengajar anak murid tapi dalam hati nakkan Air-Cond tu.
  • Aku boleh tidur dengan kawan aku dalam satu khemah waktu perkhemahan sekolah , mandi sama-sama , solat sama-sama , makan dalam kumpulan , kena denda sama-sama dan berjaya pun sama-sama
  • Aku boleh nangis kuat-kuat dalam bilik aku sendiri sambil dengar lagu sedih sebab terkenangkan kucing aku yang dah mati waktu aku pindah rumah dulu. Dia kena hempap dengan kayu.
  • Aku boleh marah kawan aku dekat kantin dengan sekuat hati sebab dia tumpahkan kuah mee kari atas baju baru aku.
  • Aku berjaya memecahkan rekod aku sendiri sebagai pelajar paling kuat ponteng kelas tahun 2003.
  • Aku boleh conteng meja sekolah aku dan lukis gambar orang lidi pegang bola ataupun gambar rumah tepi pantai siap ada tangga , pokok bunga dekat sebelah dan selipar jepun di bawah rumah.
  • Aku pandai untuk mengira duit belanja aku yang ayah aku bagi dulu tapi sebenarnya duit tu untuk bayar hutang kawan aku belanja ais-krim waktu rehat hari sebelumnya.
  • Aku boleh jerit sekuat hati sampai satu sekolah dengar sewaktu SPM habis dan segala apa yang berkaitan dengan SPM , adalah satu kenangan silam buat aku.


Walau apa pun yang terjadi dulu , tu semua adalah ketentuan dari Allah SWT dan ketentuan tulah yang menjadikan kita , orang lain dan segala benda di sekeliling kita sebagai satu perkara dan gambaran daripada sejarah dulu-dulu. Aku faham. Setiap orang di antara kita menginginkan satu dalam sejuta kenangan yang dapat kita simpan dalam ingatan kita dan simpan elok-elok taknak bagi keluar untuk kita kenang selamanya. Aku pernah dengar seorang pakcik cakap "Bukan Senang Nak Senang". Bila aku dengar dia cakap macam tu , aku terus terfikir "Betul jugak pakcik ni cakap. Kalau kita nak senang , kita kena berusaha. Bukannya minum kopi , goyang kaki isap rokok sampai mati". Aku harap dengan apa yang ada sekarang , kita mampu untuk memberikan sejuta Kesyukuran kepada Allah SWT. Jangan lupa , sejarah lah yang membawa kita seperti apa yang kita ada sekarang. 

Khamis, 13 September 2012

Bila Tiada Guna , Semuanya Hilang

Dulu ..... aku seorang yang kuat. Aku kuat dalam setiap benda. Bila takde dia , aku rasa sunyi. Aku tahu , setiap detik permulaan , ada saat pengakhirannya. Setiap apa yang bermula , akan berakhir. Aku kuat untuk melawan semua takut dan sedih. Aku kuat untuk melawan semua susah dan senang. Malahan aku kuat untuk melawan gembira yang aku tahu , takkan kekal selamanya. Balik-balik dengan CINTA! Apa tu? Orang boleh senang-senang cakap , Cinta Itu Buta. Cinta Itu Seolah-olah Kain Putih Dan Kita Yang Mencorakkannya. Yee , aku tahu tu. Cinta ni sesuatu yang kompleks. Dahlah , aku taknak cerita lagi pasal ni. Air mata ni dah tak tertakung dah. 

PASRAH dengan hidup. Sewaktu perkenalan , kitoranglah yang paling happy sekali. Sewaktu percintaan , kitoranglah yang paling gembira dah bahagia sekali. Sewaktu perpisahan , kitoranglah yang paling sedih sekali. Apa yang pahit , semuanya manis. Apa yang panas , semuanya sejuk. Apa yang tak nampak , semuanya boleh dilihat. Apa yang susah , semuanya senang. Dan apa yang sedih , semuanya gembira. Dalam waktu yang singkat sahaja , semuaaaaaaa tu berubah! Dalam waktu yang terlalu cepat , setiap perkara tersebut hilang sampai bila-bila. Aku bukan susah untuk mengingati sejarah , aku bukan susah untuk membina cerita baru nak melupakan cerita lama , aku bukan susah untuk melupakan yang pahit atau meninggalkan yang buruk , tapi aku cuma takut kalau-kalau masa bukan sesuatu yang tepat untuk setiap perbuatan. Dia bagitahu aku "Red , I nak you tahu yang I betul-betul sayangkan you" Bla-bla-bla , waktu tu memang taktahu apa maksud Sayang. Waktu tu masih  budak-budak dan pemikiran kitorang masih lagi cetek. Aku gembira dengan pemberian dia. Dia bagi aku cinta , sayang dan bahagia. Dia bagi aku sakit , lebam dan merah-merah satu badan. Haha! Kenangan lama wehh. Aku cuba untuk ingat balik semuaa kenangan tu. Tapi aku tak boleh!! Aku cuba memaksa , tapi aku takboleh. Aku takboleh dengan semua tu weh! 

SAMPAI satu saat. Aku kena bagitahu dan paksa diri ni supaya lupakan semua tu! Takde baiknya untuk mengejar sesuatu yang kita mustahil untuk mendapatkannya! Aku sendiri bingung dengan permainan hidup. Kejap-kejap elok , kejap-kejap tak. Alahh , biasalah. Allah SWT nak uji hamba-NYA. Kadang-kadang apa yang kita lihat , susah kita nak rasa. 

Selasa, 7 Ogos 2012

Jangan Tinggalkan Aku.

Waktu-waktu dulu , yang aku biasa buat dengan dia makin lama makin pudar dalam ingatan. Aku bukan lupa dekat dia. Aku bukan buat taktahu dekat dia. Aku cuma takut bila aku luahkan perasaan Rindu ni , dia mungkin tak suka. Dia mungkin rasa janggal dengan perbuatan aku tu nanti. Dia mungkin geli dan jijik dengan diri aku. Dia mungkin akan cakap "Aku Tak Perlukan Kau Lagi Dalam Hidup Aku". Aku cuma boleh berharap dengan ketiadaan aku nanti , hidup dia sentiasa ceria. Hidup dia sentiasa di penuhi dengan kegembiraan. Hidup dia sentiasa ada yang menyayanyi. Hidup dia pasti ada setiap kenangan indah. AMIN.

Zaman percintaan dulu-dulu bagi aku satu kenangan yang seronok sebenarnya. Dengan gelak ketawa yang macam pontianak mengilai , guling-guling atas lantai rumah bila surat yang di hantar dekat seseorang yang kita suka , di balas dengan baik , senyum memanjang dekat sekolah bila seseorang yang kita suka bagi kita tempat dulu dalam bas sekolah , makan tak kenyang , tidur tak lena , mandi tak basah  dan bermacam-macam perangai lagi. Alah , tu waktu dulu. Waktu kita muda-muda dulu kann? Waktu yang kita sendiri pun taktahu apa itu CINTA. Apa itu LOVING-LOVING. Apa itu RINDU. Kita mungkin suka dekat seseorang tu sebab dia ada tulisan yang lawa , sebab dia ada rambut yang cantik , beg sekolah dia ada roda , pencil case dia gambar One Direction , rambut dia macam K-Pop , kuku dia warna-warni , baju sekolah dia ada bermula dengan huruf Z , sama macam nama kita , sebab ayah dia ada Lamborghini atau sebab-sebab lain. Apa yang kita tahu waktu dulu , tak sama dengan waktu sekarang. Fikiran mendewasakan kita. Cara kita bergaul , memberikan kita pandangan yang berbeza berbanding dengan waktu dulu. Cara kita bercakap dengan segelintir orang , berbeza apabila kita meningkat dewasa. Jangan mempertikaikan cara bercinta dulu , dengan sekarang. Ye , memang lain. Memang berbeza dengan waktu dulu. Memang tak sama dengan cara orang zaman melinium bercinta dengan sekarang. Tapi apa boleh buat? Kita kena bergerak lebih ke hadapan. Kita takboleh ikut cara dulu. Kita takboleh nak ambil dua botol kaca , lepas tu kita gesel-gesel kan , kita ketuk-ketuk semata-mata nak bagi awek/pakwe rumah sebelah keluar rumah dan marah kita macam dalam cerita P.Ramle dulu-dulu. Kita takboleh nak letak surat cinta kita dalam botol kaca , lepas tu kita hanyutkan dekat sungai atau tasik dengan harapan akan ada orang yang baca surat kita tu. Mungkin orang akan cakap "Kau Ni OldSkool La. Zaman Dah Berubah Bro , Otak Kena Pintar , Cara Pemikiran Kau Kolot" Hm , biarlah dia. 

Don’t let them see you cry. I’m honestly just trying to figure out who I am.I have no idea what I’m doing.Some days are great, some not so great.Every day just feels like a war.Nobody seems to notice.I’m so tired of people judging me for a few mistakes I’ve made.I just want somebody to love me.Scrolling through people’s blogs and feeling sad. Sad that their blog happens to be an expression of how they are feeling, thinking, behaving and living. I just wish they could see there’s a better way. They are crying out and nobody is hearing them. Nobody understands.
I was there once. I hated that place. It was cold, shallow, dark. LONELY, HOPELESS. Nobody deserves to be stuck there. No matter how bad your past, you deserve better.

You know What bothers?

Okay, I do not open up A LOT to my friends, Its not because I don't trust them, I know they Won't judge or anything...
But sometimes, You need to talk to a relative, Or someone Closer to that, So that they could understand you more Or sometimes it's about bonding with them, advice, or something..
I know, I maybe probably AM THE WORST person ever!
& I know most think of me as "Another one of those messed up teenagers"
But I'd like to be understood for once...
You see...
I don't won't to sound mean, or rude. & I Don't mean to offend you.
But I'm Gonna have to be "Very Blunt" with this..
But Before I do Set a couple of things up..
Here's what YOU should know about me..
This is Probably the first time, I could actually Go public with such a thing...
But hey, It's High time I open up!


As an Individual, I could tell you.
I am very loyal to those who are Loyal to me..
I Do not trust easily, I have got Horrible mood swings, & I am most likely to Ruin Every Relationship & Every other thing..
I have got Social Anxiety, I dislike Socialising, I get Very Anxious..
I dislike eating, It's probably everyday where I Sleep while having tears flow out of my eyes!
& Not one day I can remember where I've woken up without the thought of dying & Ways to leave the face of earth!
I Have ALWAYS Craved Disappearance & Yet I LIVE For existence.
I hate Attention, I hate People staring at me. Why? 'cause It scares me to know that those people around me, Are either talking crap, Hating or God only knows..
I've Had tons of people, Lying, Backstabbing etc.. Me.
Anyways, enough with my side...
Through everything that I Have been through.
Even though I constantly Breakdown, I could tell you one thing!
Not one Person has ever & I Mean it ever... Made me think of myself as "Useless"

There are three Majors!
They are;
  • Trust.
  • Honesty.
  • Friendship.


Life; The interval of time between birth and death.
Suicide; The act or an instance of intentionally killing oneself.
Sometimes, you get Stranded on a thin string of life, Where you're balancing between, Living the life you're Currently living; Or Committing Suicide to see the other life you want to live..
or better yet, thinking that the "other" Life would is an escape from the terrible life you are living..


Dear Readers;
I know I haven't blogged in a long time..
I just haven't been myself...

If you think it won't, You're wrong.. 
Yea people will hurt you, Make you feel worthless, & Call you names! 
BUT SCREW THEM! You aren't what they say! 
YOU KNOW WHO YOU ARE, WHY ARE YOU LISTENING TO THEM? 
You are you & NO ONE CAN CHANGE THAT! 

Yes, Life is tough.. 
I don't blame you for wanting to give up your life. 
But note that, 
Giving up your life, Committing Suicide Is a SIN A BIG SIN! 
Allah might never forgive you for that... 

& Allah will not be on your side... 
He has given you a life... 
& If you're wondering WHY THE HELL HAS GOD MADE ME & GIVEN ME THIS LIFE I'm Living... 
Most definitely 'cause He expects you to find a way out! 
Just remember It's all in Allah's hands... Allah
 chooses the day to take you.



Note to self; 
  • Be patient,
  • Smile,
  • Relax, 
  • Enjoy
  • There is so much ahead of you! 
Live life, love life, Laugh to everything- 



Ahad, 29 Julai 2012

Aku Tahu Kau Rasa Apa Yang Aku Rasa

Cinta? Apa benda tu? Adakah ia satu perasaan dalaman dalam diri kita yang sering memberi kita kebahagiaan , kesengsaraan dan kadang-kadang tangisan? Ataupun ia satu illusi diri yang hanya dapat kita rasa , bila kita tengok orang lain bercinta tapi kita tidak? Itu ke cinta? Cinta ni kadang-kadang menyakitkan? Cinta ni kadang memberi kita kebahagiaan yang kita tak pernah dapat dalam hidup kita? Cinta ni kadang-kadang membutakan kita sampai ada yang cucuk garfu ke dalam mata mereka? Masing-masing ada persepsi sendiri pasal cinta. Aku sendiri takboleh nak senang-senang menidakkan persepsi segelintir orang. Aku takde hak. Hm , dalam dunia ni , memang semua orang nak bercinta. Bila ada cinta , baru ada kahwin. Bila ada kahwin , baru ada anak. Bila ada anak , rumah pun tak sunyi. Tapi bila cinta tu di salah gunakan , bukan kebahagiaan yang datang , tapi kesengsaraan. Sanggup ke sengsara semata-mata sebab cinta kita buat orang yang tak layak untuk kita. Sanggup mata bengkak semata-mata sebab orang yang tak reti nak hargai kita? Sanggup ke? Sanggup ke menanggung sengsara diri semata-mata kerana orang yang tak pernah nak kenal erti cinta dan sering mempergunakan kita untuk kebaikan diri dia sahaja. Sanggup ke? Fikir sendiri. 


Kawan-kawan , tak semua yang kita nak dalam dunia ni , boleh jadi kenyataan. Tak semua orang yang kita sayang dalam dunia ni , boleh sayang kita balik. Tak semua orang dalam dunia ni boleh suka dengan kita. Tak semua orang dalam dunia ni , berpuas hati dengan pandangan kita. Tak semua orang dalam dunia , senyum dengan tujuan untuk menutup sengsara. Tak semua orang dalam dunia ni , main game PS3 semata-mata game tu seronok. Tak semua orang dalam dunia ni tidur beralaskan bantal. Pernah kan korang terfikir , "Kalau aku takde dalam dunia tanpa seseorang pun menyayangi aku , mesti ketiadaan aku langsung tidak memberi apa-apa kesan dekat semua orang" Pernah kan? Pernah kan korang terfikir , "Aku buat semua benda salah. Buat benda baik salah , buat benda buruk dah terang-terang salah. Lebih baik aku mati. Takde nak susahkan siapa-siapa" Pernah kan? Pernah kan korang terfikir jugak , "Bila aku bangun pagi je , hampir setiap hari aku buat benda yang sama. Aku bangun pagi , aku bukak tingkap rumah , aku pergi dapur , aku bukak peti ais , aku makan , aku tengok TV , aku lepak dengan kawan , aku buat homework , aku tidur , dan aku buat benda yang sama pada hari seterusnya. Aku nak sesuatu yang baru!" Pernah kan? See! Sudah terang lagi bersuluh , manusia ni takkan pernah senang dan puas hati dengan apa yang dia ada. Macam tu jugak lah cinta. Kalau kita bercinta dengan seseorang yang terlalu menyayangi kita , yang sangat mencintai kita , kita rasa dunia ni hanya untuk mencintai orang yang tersayang. Bila cinta kita ni di mainkan , di rosakkan , di pergunakan , kita rasa nak capai pisau pemotong sayur , dan tusuk ke dalam perut kita supaya kita takpayah nak sengsara sebab cinta lagi. Ada jugak yang sanggup menduakan cinta. Cinta dengan orang ni , cinta dengan orang tu lah. Kenapa perlu jadi macam ni? Kan aku dah cakap , manusia tak pernah nak senang dan puas hati dengan kesenangan yang ada. 


Sewaktu bercinta , bukan main rancak lagi. Gembira tak terkata. Sampai ada keluar istilah "Makan tak kenyang , tidur tak lena , mandi tak basah" Sampai macam tu sekali. Aku sendiri pun pernah rasa benda yang sama. Aku ada kenal dengan seorang makhluk Allah SWT ni. Dia seorang yang baik. Kadang-kadang sengal jugak. Aku happy dapat kenal dengan dia. Dia sangat baik dan peramah. Aku pernah sukakan dia , pernah menyayangi dia. Tu dulu-dulu. Tapi sekarang dah takde dah. Semua perasaan tu dah hilang. Aku tak tahu pergi mana dah. Aku selalu jugak intai dia dalam diam-diam. Waktu aku suka dia dulu , aku rasa gembira yang teramat sangat. Taktahu nak cakap macam mana lagi dah. Dia layan aku baik. Tapi bila dapat tahu dia dah berpunya , aku taknak kacau dia. Biarkan dia dengan hidup dia. Biarkan dia dengan kisah cinta dia. Aku langsung takde hak nak kacau. Sekarang ni , aku cuma boleh tahan perasaan rindu ni dan aku tahu , satu hari nanti , kalau ada kesempatan , aku mungkin dapat memiliki dia. AMIN! Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa aku rindunya aku dekat dia. 


"Bila kita bercinta , kita perlukan bunga ros yang merah menyala untuk girlpreng kita. Bila kita bercinta , kita perlukan coklat Fererro Rocher untuk malam canderlight dinner dengan boypreng kita. Bila kita bercinta , kita kena hadiahkan jam tangan Rolex yang mahal-mahal untuk kekasih hati kita" Sesetengah orang cakap macam tu. Diorang beranggapan , cinta ni memerlukan kemewahan dan duit yang banyak untuk bahagia. Diorang menggunakan duit sebagai satu simbol di mana cinta itu boleh bahagia kalau duit keliling pinggang. Aku tak faham kenapa perlu ada semua tu? Kenapa perlu gunakan duit sebagai satu aset untuk meraih kebahagiaan? Kalau kebahagiaan tu dah takde , apa nak buat? Nak pergi rompak bank , curi semua duit dalam tu , lepas tu hadiahkan dengan kekasih hati? Nak rompak beg tangan orang , lepas tu ambil semua baran dalam tu , dan hadiahkan untuk kekasih hati? Macam tu konsep cinta? Bila dah kena kejar dengan polis atau pihak berkuasa , diri di tangkap , meringkuk dalam penjara , takde siapa nak tolong , baru waktu tu nak sedar yang cinta ni bukan semata-mata kerana duit? Macam tu? Bila dah kena tembak dekat dada , berdarah-darah , baru waktu tu nak ingat Allah SWT? Macam tu? Kenapa perlu macam tu? Manusia sendiri tak reti nak menghargai cinta , tak reti nak memahami cinta , and at last they are blaming Allah SWT for not giving them a happinness of a life time. Why must be like this? Kalaulah duit tu boleh beli cinta , boleh beli kebahagiaan , alamatnya , akan lagi ramai lah yang akan cucuk mata dengan  garfu.

Kepada semua pembaca , aku harap dengan Entry kalini , korang dapat faham konsep cinta dan kebahagiaan. Kalau kita betul-betul cinta , kita takkan mempergunakan cinta. Aku bukan nak berlagak jiwang atau apa-apa sahaja , aku cuma memberi peringatan. Aku harap , kita semua sedar , cinta tu bukan satu benda yang boleh buat main-main. 

Selasa, 5 Jun 2012

Tatkala Dunia Semakin Tua ...

Assalamualaikum semua. Apek in the house yooo! Korang semua sihat? Dah makan? Bagi yang bercuti tu , kerja rumah dah siapkan dah? Apek harap korang semua buat lah yee. Jangan tangguh2. Setiap perkara kita buat dengan elok dan lancar tautautau? Haha. Entry kalini , Apek nak berkongsi cerita dengan korang semua pasal kisah cinta Apek dulu-dulu. Alahh , biasalah kan dulu-dulu mesti semuanya Cinta Monyet kan? Bagi-bagi surat , siap letak bedak lagi dalam surat tu. Rinduuu sangat waktu percintaan kecil-kecil. Bedak pun guna bedak Baby Johnson je. Tapi sekarang? Semua dah takde kan? Perkara yang kita buat dulu-dulu , semua dah hilang kan? Zaman sekarang , percintaan dia lain. Berbeza dengan dulu-dulu. Kalau dulu , kita jumpa awek kita , pegang tangan pun malu. Nak dekat pun takut. Sekarang , pegang tangan tu jadi salah satu perkara paling senang dalam hidup kita kan? Bahkan , ada yang buat lebih dari tu lagi. Apek selalu tengok dekat mana-mana , remaja kita zaman sekarang berpegangan tangan sesuka hati je . Ada pulak yang bertudung pulak tu. Apek tak cakap diorang teruk , sebab Apek pun buat benda yang sama kadang-kadang. Masya-Allah!


Kawan-kawan , bercinta ni kita tak perlu bersebab. Pernah kan , kalau kita suka seseorang tu , kita mesti tanya "Kenapa you suka I" Bagi Apek , kalau kita suka seseorang tu , kita takperlu ada sebab-sebab tertentu. Selagi kita ikhlas menyayangi , selagi tulah kita kekal. Dulu-dulu , Apek suka tengok air sungai mengalir waktu petang belakang rumah. Ya Allah! Tenangnyaaaa. Kalau boleh , Apek nak sangat kenangan waktu dulu-dulu , dikembalikan sekarang. Tapi Apek tak mampu. Okaylah , cukuplah sampai situ. Rasa janggal pulak asyik guna panggilan APEK.
Kita guna AKU jelah. HAHA!  Kawan-kawan , dalam hidup ni , kita sebagai manusia hidup dengan pelbagai tujuan. Kita nak buat ni , kita nak buat tu. Kita tak puas hati nak buat ni , kita sambung buat yang tu. Manusia banyak kerenahnyaaaaa. Aku tahu , korang yang tengah hangat bercinta tu , mesti happy kan? Sampai makan tak kenyang , tidur tak lena kononnyaa. Tapi ingat , bercinta tu tak semestinya kita patut lupa dengan tanggungjawab kita. Bercinta tu tak semestinya kita perlu peluk orang tu depan orang ramai. Bercinta tu tak semestinya kita perlu cium dia tiap-tiap waktu. 
Itu bukan bercinta namanyaa. Itu BEROMEN. HAHA! Aku tahu , kawan-kawan aku dekat luar sana tu , kemain syiokk bercinta. Kalau boleh nak heboh satu dunia kan? Alah , takpe. Aku faham. Aku pernah rasa apa yang orang lain rasa. 



Aku pernah rasa macam rasanya bila kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayang. Aku pernah rasa macam mana rasanya bila kita luahkan perasaan kita dekat seseorang tu , dan orang tu tak terima kita. Aku pernah rasa macam mana rasanya bila kita berpisah dengan orang yang kita sayang tidak kiralah dengan apa jua bentuk perpisahan sekalipun. Yee , memang betul. Perit rasanyaa kan? Bila kita dah mempunyai orang yang kita sayang , dan kita sayang sangat orang tu , sehinggakan semua perkara dalam hidup ni kita lupakan , dan tiba-tiba orang tu dah takde dalam hidup kita , apa yang kita rasakan cuma kesedihan dan kesunyian. Kalau biasanya ada orang kejutkan kita waktu pagi , ada orang selalu wish kita Selamat Hari Jadi , ada orang selalu teman kita keluar , ada orang selalu buat gila gelak , happykan kita , lapkan peluh kita bila kita berpeluh satu badan , lapkan air mata kita bila kita menangis dan pegang tangan kita bila melintas jalan. Saat macam tu kalau tiba-tiba hilang dari hidup kita , mesti sedih kan? Aku sendiri tak sanggup nak terima kenyataan macam tu. Aku pernah sayang orang tu sangat-sangat. Yee , bagi aku menyayangi orang adalah perkara yang paling mudah dan membenci orang adalah satu perkara yang sangat susah. Itu diri aku dan aku betul-betul ikhlas dengan benda tu. Kebencian terhadap seseorang , takkan membawa sedikit faedah buat diri kita. Dulu , aku selalu call dia , text dia , ajak dia keluar dan macam-macam lagi. Dia seorang yang baik bagi aku. Dia memahami aku , dia tahu macam mana aku gelak , aku jalan , aku bercakap , suara aku dalam phone , cara aku duduk , riak wajah aku bila aku penat. Memang time tu , rasa macam dunia ni indah sangat :( Tapi sekarang , orang tu dah takde dalam hidup. Dia dah pergi jauhh. Jauh sangat :( Aku pun taktahu dekat mana dia sekarang. Aku try call , tak berjawab. Aku text , tak berbalas. Kawan-kawan dia semua senyap. Takde khabar berita dari diorang. Ya Allah! Dia lah satu-satunya yang aku betul sayang. Takpee , aku faham. Memang dalam hidup ni , PERPISAHAN TU ADALAH SESUATU YANG MUTLAK. Kita berjumpa , dan kita berpisah. Itu memang sudah di tetapkan sejak dari azali lagi. Allah SWT tu Maha Adil. DIA dah plan awal-awal apa yang akan berlaku dalam hidup kita. Aku harap , satu hari nanti , aku dapat jumpa dia. Macam orang lain jugak lah kan. Happy sama-sama , tengok wayang sama-sama , makan aiskrim , jalan pegang tangan , redah hujan sama-sama , lapkan comot dekat mulut , bawakkan barang. AMIN~ 


Kawan-kawan semua , hidup ni kita kena tahu apa yang patut kita buat , dan apa yang patut kita tinggalkan. Sebab tu Allah SWT bagi AKAL dekat kita. Supaya kita berfikir. Samalah macam kita bercinta. Kalau kita suka orang tu , kita syok dekat dia , kita jangan pendam. Kita bagitahu dia. Luahkan semuaaanyaaaa. Biar dia tahu yang kita suka dekat dia. Biar dia rimas dulu , atau geli atau taksuka , dengan apa yang kita buat.  Mana tahu dengan izin Allah SWT , orang tu jugaklah yang akan jadi pasangan hidup kita. Insya-ALLAH. AMIN. Sebab tu lah kita gunakan AKAL dan FIKIRAN untuk kita betul-betul fikir dan tentukan , samada orang yang kita suka tu , adalah yang terbaik untuk kita. Cuba kalau kita main booo je orang tu tanpa kita selidik pasal dia , tahu latar belakang dia semua. Apa kita dapat? Paling koman pun , kepala pecah lah kena hentak dengan boypreng/girlpreng dia. HAHA! Sebab tu kalau suka orang tu , kita kena sabar. Dan dalam kesabaran tu , kita perlahan-lahan. Nabi Muhammad SAW sendiri cakap , KESEDERHANAAN ITU SANGAT BAIK. Even dalam TV pun ada cakap kan ,  PANDU PERLAHAN. Haaa , kita takperlu terburu-buru. Slow-slow kita plan , lama-lama dapat jugak. Dulu , kalau orang bercinta , diorang sanggup habis ink pen tulis surat untuk kekasih diorang. Tulis panjang mana pun , berapa helai kertas pun , diorang tetap balas-membalas. And yet , diorang bahagia jugak akhirnya. Zaman sekarang dah berubah. Manusia lebih memandang kepada duit , pangkat dan nama daripada keikhlasan hati dan kesetiaan selamanya. Aku tak cakap orang zaman sekarang ni jahat. Cuma aku pandang dari segi macam mana orang sekarang bercinta kalau nak dibandingkan dengan orang dulu-dulu. Yes , kita semua sama dalam bercinta.  Ada berpelukan , ada bercumbuan. Tak kisahlah. Itu adalah satu persamaan yang kita sendiri boleh tengok pada zaman sekarang ni. Cuma dulu-dulu , kalau nak berpelukan je , bapak awek tu mesti marah bawak senapang macam dalam cerita P.Ramlee. Zaman sekarang punya cara , depan Masjid pun ada yang sanggup buat. WALLAHU'ALAM. Aku tahu , kawan-kawan aku semua ada yang tengah syok gilaaaaa bercintaaaa kannnn? Bestnya korangggg. Aku harap kekal hubungan tu yeeee. AMIN.




Kawan-kawan , pernahkan terfikir , kalau satu hari nanti dunia ni dipenuhi dengan orang yang kita benci dan waktu tu orang yang kita sayang , semua dah pergi dalam hidup kita? Pernah tak terfikir kalau satu hari nanti , segala apa yang kita buat , semuanya di marah , di kritik , di benci , di maki dah di hina. Sebab apa? Sebab hidup kita dikelilingi dengan orang-orang yang kita benci dan yang membenci kita. Masya-ALLAH! Harapharap , takkan terjadilah satu hari nanti.  Hidup ni makin lama , makin singkat. Makin lama , makin tua kita. Makin lama , makin tua DUNIA ni. Manusia pulak , makin lama , makin mengejar duniawi. Makin lama , makin tinggi bangunan dalam dunia ni Makin lama , makin banyak pub-pub , hotel-hotel murah dan kelab-kelab disko dalam dunia. Dan makin lama , makin botak semua tanah , hutan dan makin kering sungai dan laut akibat tindakan manusia yang semata-mata nak bina bangunan tinggi-tinggi , rumah besar-besar yang dalamnya hanya tinggal 2 orang sahaja. Masya-ALLAH! Aku takut sangat waktu tu! Kenapaa perlu macam tu? Aku tahu , zaman sekarang ni , manusia sibukk dengan kerja. Aku tengok kadang-kadang , bilangan manusia di dalam kelab-kelab dan pub-pub murah lebih jauh ramai daripada bilangan manusia di dalam masjid , surau dan juga majlis-majlis ilmu. Aku takcakap diorang tu jahat , keji ataupun taksedar diri. Aku pun tak sempurna macam orang lain. Dan aku tahu , kadang-kadang , aku lupa dengan tanggungjawab aku sendiri.  Aku cuma takut , bila sampai waktunya nanti , kita semua dipanggil oleh Malaikat Maut , aku taknak bilangan sebegitu terjadi sewaktu Malaikat Maut memanggil kita. Aku berdoa agar , waktu tu , umat manusia semua dalam keadaan yang baik dan berada sebaik-baiknya di masjid dan di mana-mana sahaja rumah Allah SWT. AMIN!! 


SEKIAN. ASSALAMUALAIKUM