Khamis, 19 April 2012

Aku Minta Maaf , Hati Aku Dah Tertutup.

Hi semuaaaaaa! Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang dahlama baca dan baru nak baca. Anda sedang membaca blog tuan empunya diri yang bernama Zack Zuandy atau Apekk atau Red Taylor atau Telur. Aku memang jarang update blog sebab aku terlalu sibuk dengan tugasan hidup. Walaupun kadang-2 tugasan tu takdelah sibuk sangat kan. Harhar. Anyway , disini aku nak bercerita dalam Enrty terbaru kalini tentang seorang wanita yang aku sayang sangat2 dan aku cintai sangat2. Bersama dengan dia adalah satu memori yang takdapat dilupakan dan kenangan kami berdua adalah yang terindah sekali.



Tanpa memanjangkan cerita , aku nak straight to the point jelah. Sebenarnya wanita yang aku maksudkan tu ialah Ex aku sendiri. Dan aku masih sayangkan dia. Kitorang bahagia dulu tau. Main lelari , kekejar , nyenyorok , cak-cak , geguling atas lantai , gegeletek , sesikat rambut , cecarut. Rindu doee waktu tu. Dia pun makin besar dah sekarang aku tengok. Makin happy dia dengan hidup dia. Aku doakan dia bahagia selamanya. Setiap kali berjumpa , dia mesti akan peluk aku dan dia mesti akan cakap "Wehh , rindu" Yee , memang waktu dia cakap macam tu , aku hanya tersenyum jee. Tapi dalam hati aku , aku masih rindukan dia. Aku terlalu rindukan dia. Waktu-waktu yang happy dulu mungkin masih lagi happy seperti sekarang , tapi berbeza keadaannya. 


Kadang-kadang aku terfikir , kalau satu hari nanti salah seorang daripada kami memberi kad jemputan perkahwinan kami dan waktu tu apa mungkin perasaan kitorang yee. Adakah kitorang akan sedih sebab kitorang masih sayang antara satu sama lain? Adakah kitorang akan melompat kegembiraan sebab akhirnya kitorang jumpa pasangan hidup yang selayaknya untuk kitorang? Adakah kitorang akan muram dan tunduk memandang lantai sebab taksempat untuk mengatakan bahawa "Aku masih perlukan kau"? Hm , entahlahh xD. Susah betul nak cakap. Kitorang takpernah membenci antara satu sama lain. Kalau ada masalah , kitorang akan bincang dengan elok. Dia seorang yang baik dan aku kenal dia. Selama mungkin Allah SWT memberikan aku nyawa untuk hidup , dengan sebab peluang itulah aku akan gunakan untuk mengingati dia untuk sepanjang hidup aku. Walaupun kami sekadar kawan , tapi rasa sayang untuk dia takpernah berubah dalam hati aku. Saat aku peluk dia , aku rasa tenang sangat. Dia menangis dalam pelukan aku. Dia mengadu dia ada masalah. Waktu tu aku tenangkan dia , aku bagi dia semangat


Sewaktu kami bersama , kami tempuh pelbagai cabaran dan halangan. Masalah tu datang , masalah ni datang. Segala yang kitorang alami , mengajar aku untuk jadi lebih matang dan berhati-hati dalam bercinta. Sewaktu dia menangis dalam pelukan aku tu , aku bagitau dia "If you don't have anyone to love and no one is loving you , you still have me by your side" Dia terus menangis dan menangis waktu tu. Aku peluk dia , aku cium kepala dia. Haihh , aku jadi doktor cinta waktu tu tau. Hmm , dia ada menyatakan dekat semua orang "Setakat ni , takde siapa boleh kalahkan Red Taylor" Dalam hati aku "Fuyoo , beraninya dia buat macam tu" Dan aku tahu , dia cakap macam tu , sebab dia masih sayangkan aku. Atau aku yang perasan lebih. Hm , apa-apa jelah kan. Dan dalam tangisan dia waktu tu , aku ada cakap jugak "If you see your love one is having a relationship with other girl , and you feel very hurt by that , you don't have to be worried. Everyone loves you and I do Love You. And if its not me that have the chance to be your love , you can find any guy out there to be yours. Its just , I'll be in your side every second in your life" Waktu tu , aku dah taktahu nak cakap macam mana dah sebab dia menangis sangat2. Dia menangis sebab dia terlihat orang yang dia sayang berkasih-sayang dengan orang lain. ( Bukan aku ). Ex dia yang lagi satu. 

Selama aku mengenali dia , dia seorang yang kuat dan sangat berani. Dia tahu apa yang baik dan apa yang tidak baik. Walaupun kadang2 , dia bersikap degil mak nenek sikit. Harhar Tapi aku dah biasa dah. Dah faham sangat dengan perangai dia tu :) Hm , tapi takpelah. Aku taknak panjangkan lagi cerita. Aku cuma doakan dia bahagia dengan hidup dia :) 

2 ulasan:

  1. uwaa . awesome bloggies Red :) . you know what . i really love with your Bloggies . saya selalu bce :') you know whatt . jgn sedih-II . nanti kalo ada jodoh . mybe dye kembali kat red acano ? boleh jdy jugakk :') . btw nanges bce entries niee :'( . pendek doakan yng Red slalu dpt bahagia dgn sesiapa :') . oke byee . assalammualaikum .

    BalasPadam