Selasa, 3 April 2012

Kita Memberi , Akhirnya Kita Dapat

"Hi semuaaaaa! Kita bertemu lagi dalam Entry yang terbaru saya" Haha ,  ada rasa macam tengah tengok Program A.L.O.N.G tak? Rindu cerita tu kan? Hm , apa-apa pun , kalini aku nak buat satu Entry terbaru tentang kehidupan manusia zaman sekarang. Aku tulis Entry ni sebab aku nak semat satu rasa insaf dalam diri kita masing-masing agar kita semua sedar bahawa betapa pentingnya kita membantu orang lain.


Dalam dunia ni , semua orang ada masalah. Masalah kecik ke , masalah besar ke , masalah yang sederhana kecik ke , masalah yang kecik kenenot ke. Macam saiz masalah lah ada. Tapi kita kena tahu , yang setiap masalah tu , pasti ada jalan penyelesaiannya. Tak kira lah ia mengambil pengorbanan atau pun tidak. Manusia dicipta dengan serba kelebihan dan serba kekurangan. Apa yang lebih itu , kita gunakan untuk kebaikan kehidupan dan apa yang kurang itu , kita jauhkan dan jadikan sempadan agar tidak rosak diri kelak nanti. Aku selalu tengok dekat Chow Kit , ramai betul peminta-peminta sedekah yang duduk tercongok di satu sudut kedai makan , kedai cakera padat dan tandas-tandas awam meminta belas kasihan dari orang ramai. Serba salah aku dibuatnyaa. Aku bukan taknak tolong , tapi apakandaya , kemampuan aku sendiri pun takdapat menampung diri aku , ini kan lagi kita nak tolong orang yang susah. Tapi takpe , satu hari nanti , bila kita membantu orang susah , kita dapat balasan yang berganda dari perbuatan kita tu.

Lagipun , dalam Malaysia ni , aku tengok ramai betul Para Ahli Koperat yang berkeretakan Mercedez Benz tayar SilverStone , Tinted Tingkap dan Enjin VroomVroom memecah telinga berlagak banyak duit tapi sebenarnya hutang keliling pinggang. Haha , aku bukan nak mengutuk atau mengumpat , tapi kata-kata kita sebagai seorang yang melihat sesuatu kejadian itu samada ia munasabah atau tidak , pasti sedikit demi sedikit , memberi sedikit perubahan dan rasa serba salah kepada sesiapa yang melakukannya. Salah ke kalau kita memberi sedikit wang atau pertolongan kepada yang susah agar diorang dapat sekurang-kurangnya merasa kesenangan hidup yang selama kita diorang takpernah alami. Sanggup kita tengok Ibu-Ibu Tua , Pakcik-Pakcik yang berkedut di dahi dan lemah lutut berjalan tengah panas sambil pimpin basikal , menggendong plastik bag hitam di bahunya dan mengutip tin-tin kosong di tepi jalan? Larat ke kalau kita sendiri melihat , Ibu yang tiada harta , sehelai sepinggang , yang hanya kenal erti bagaimana memegang sebuah cawan kecil sambil perutnya berikat dengan kain batik , duduk bersimpuh di tepi warung makan , meminta sedekah? Itu yang kita nakkkk? Kawan-kawan , hati manusia ni , walau sekeras mana pun , kalau mereka alami satu situasi kehilangan pasti lembut hati tu nanti. 


Aku sendiri tak larat nak tengok , para peminta sedekah , memohon simpati dari orang ramai. Aku biasanya tengok dekat area-2 , Chow Kit , Sogo , Jalan Tunku Abdul Rahman , dan Bukit Bintang. Aku rasa betul-betul sedih tengok diorang. Tak kiralah diorang masih mampu berjalan , bercakap , membuat sesuatu kerja atau apa-apa pun , tapi hati aku tetap merasakan betapa peritnya duduk di kelilingi orang ramai yang langsung takpandang diorang , langsung tak perasan yang diorang sedang menagih sedikit simpati dari orang ramai. Kita hanya tahu berjalan laju , tanpa memberi sedikit perhatian kepada diroang. Ya Allah! Bayangkan kalau mereka-mereka tu semua adalah ahli keluarga kita? Apa yang kita rasa? Apa yang akan kita buat? 
Biar kita susah dulu , tapi kita senang kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan