Khamis, 13 September 2012

Bila Tiada Guna , Semuanya Hilang

Dulu ..... aku seorang yang kuat. Aku kuat dalam setiap benda. Bila takde dia , aku rasa sunyi. Aku tahu , setiap detik permulaan , ada saat pengakhirannya. Setiap apa yang bermula , akan berakhir. Aku kuat untuk melawan semua takut dan sedih. Aku kuat untuk melawan semua susah dan senang. Malahan aku kuat untuk melawan gembira yang aku tahu , takkan kekal selamanya. Balik-balik dengan CINTA! Apa tu? Orang boleh senang-senang cakap , Cinta Itu Buta. Cinta Itu Seolah-olah Kain Putih Dan Kita Yang Mencorakkannya. Yee , aku tahu tu. Cinta ni sesuatu yang kompleks. Dahlah , aku taknak cerita lagi pasal ni. Air mata ni dah tak tertakung dah. 

PASRAH dengan hidup. Sewaktu perkenalan , kitoranglah yang paling happy sekali. Sewaktu percintaan , kitoranglah yang paling gembira dah bahagia sekali. Sewaktu perpisahan , kitoranglah yang paling sedih sekali. Apa yang pahit , semuanya manis. Apa yang panas , semuanya sejuk. Apa yang tak nampak , semuanya boleh dilihat. Apa yang susah , semuanya senang. Dan apa yang sedih , semuanya gembira. Dalam waktu yang singkat sahaja , semuaaaaaaa tu berubah! Dalam waktu yang terlalu cepat , setiap perkara tersebut hilang sampai bila-bila. Aku bukan susah untuk mengingati sejarah , aku bukan susah untuk membina cerita baru nak melupakan cerita lama , aku bukan susah untuk melupakan yang pahit atau meninggalkan yang buruk , tapi aku cuma takut kalau-kalau masa bukan sesuatu yang tepat untuk setiap perbuatan. Dia bagitahu aku "Red , I nak you tahu yang I betul-betul sayangkan you" Bla-bla-bla , waktu tu memang taktahu apa maksud Sayang. Waktu tu masih  budak-budak dan pemikiran kitorang masih lagi cetek. Aku gembira dengan pemberian dia. Dia bagi aku cinta , sayang dan bahagia. Dia bagi aku sakit , lebam dan merah-merah satu badan. Haha! Kenangan lama wehh. Aku cuba untuk ingat balik semuaa kenangan tu. Tapi aku tak boleh!! Aku cuba memaksa , tapi aku takboleh. Aku takboleh dengan semua tu weh! 

SAMPAI satu saat. Aku kena bagitahu dan paksa diri ni supaya lupakan semua tu! Takde baiknya untuk mengejar sesuatu yang kita mustahil untuk mendapatkannya! Aku sendiri bingung dengan permainan hidup. Kejap-kejap elok , kejap-kejap tak. Alahh , biasalah. Allah SWT nak uji hamba-NYA. Kadang-kadang apa yang kita lihat , susah kita nak rasa. 

1 ulasan:

  1. Titanium jewelry piercing with the help of gemstones
    This sterling silver titanium engagement rings jewelry will also give titanium wedding bands for men you a unique sense of luxury and titanium automatic watch fortune. These sterling gems are omega seamaster titanium crafted titanium glasses frames to be used in many places to enjoy

    BalasPadam