Rabu, 22 Februari 2012

Bulan Dan Bintang Jadi Saksi Percintaan Kita Sayang :)

Yang kita selalu harapkan dalam hidup kita sudah tentu sebuah kebahagiaan yang hakiki. Aku tahu , korang semua ada yang tengah bahagia dan ada yang tengah menderita. Kepada yang bahagia tu , korang teruskanlah dan jangan sesekali tukar benda tu jadi suatu penderitaan. Dan kepada yang sedang menderita , aku doakan , korang akan jumpa dengan kebahagiaan yang korang cari selama ni. Aku pun pernah rasa benda yang sama. Kebahagiaan mengukir senyuman di bibir dan penderitaan mengukir seribu tanda tanya disebalik senyuman yang sadis.

Bukan hak kita , bukan hak aku , dan bukak hak siapa2 untuk merampas sesebuah kebahagiaan. Kita semua pernah bercinta bukan? Haaa -> Kalini aku nak cakap pasal Bulan Dan Bintang. Seperti mana yang kita tahu , indahnya bulan dan bintang itu , sehinggakan mereka sanggup meminjam sedikit cahaya untuk menerangi malam2 kita yang suram kan? Cuba kita fikir balik , kalau kita duduk sorang2 tepi stesen bas , dan bas takdatang2 , kita mesti tengok bulan dengan bintang kan? Ya Allah , indahnya pemandangan di angkasa. Pernah jugak terdetik dalam hati aku nak naik ke bulan. Tiap2 hari , tengok dari tingkap jee :/ Allah ciptakan bulan untuk menerangi malam. Dan Allah ciptakan Bintang untuk menghiasi langit dan mengindahkan malam kita.


Semua yang kita ada dalam hidup ni , takpernah tak cukup kan? Biasalah manusia. Haha -> Sama seperti kalau kita bercinta. Kita bercinta , kadang2 takpernah cukup satu kan? Lepas satu , satu kita nak. Ingat weh , takde siapa suka dimadukan. Korang pun pernah rasa macam mana happy-nya bercinta kan? Takiralah , dari zaman persekolahan ke , ataupun zaman remaja macam sekarang ni. Aku pun pernah rasa. Kadang2 ada time happy , ada time suram. Bila kita suram , kita mesti tengok bulan dengan bintang kan? Bagi aku , kalau aku gaduh dengan sesiapa pun , aku mesti tengok bulan dengan bintang. Aku bayangkan , kan seronok kalau jadi macam Bulan dengan Bintang. Diorang muncul diwaktu malam , dikala semua orang sedang tidur. Diorang teman kita tidur , diorang taknak bagi kita sorang2. 



Apa yang lebih kita tahu , dalam percintaan , ada baik dan ada buruknya. Yang baiknya , apabila kita happy dengan kekasih kita. Dan yang buruknya apabila kita bergaduh dengan kekasih kita. Hati dah perasann takboleh dipaksa. Sama macam kalau kita suka orang tu. Kita suka orang tu sangat2 sampai kita sanggup buat apa saja yang kita nak demi cinta. Tapi , kalau orang taknak dekat kita , kita takde hak nak paksa suka kita. Redha jelah kawan2. Ada ramai lagi dekat luar sana , yang masih tunggu cinta kita. Kita mungkin taknampak , sebab kita terlalu tamak dengan cinta. Aku pun pernah buat benda yang sama. Cuba bayangkan , kalau satu hari nanti , kita bergelar SUAMI/ISTERI? Subhanallah -> Cukup indah perkataan tu kann? xD Dan pada waktu tu , kita ingat balik waktu kita remaja. Kita suka orang tu , kita suka orang ni. Tapi lama2 , orang yang kita suka takjadi milik kita. Akhirnya , kita berkahwin dan memiliki orang lain yang dulunya kita taksuka , tapi bila Allah dah temukan jodoh , kebahagiaan tu pasti lahir.

Kawan-kawan , aku faham jiwa korang. Aku faham perasaan korang bila remaja ni. Semua berlumba2 nak bercinta kan? Aku nak dia , aku nak yang ni. Yeahh , korang cakap , tapi korang takbuat. Kalau buat pun , korang buat kerana nafsu. Bukan dekat keikhlasan. Ingat weh , untuk kita tahu dan kenal isi hati seseorang tu , bukan dengan cara memaksa , mahupun terburu2. Jangan terburu2 hanya kerana nafsu. Takkan ada kebahagiaan nanti weh :/
Setiap orang yang aku kenal , masing2 ada jalan dan kisah percintaan yang berbeza. Kawan2 aku semua baik , aku tahu tu. Dalam dunia ni , Allah ciptakan manusia itu dengan sepenuh kemuliaan. Tapi kadang2 , hanya kerana nafsu , kita buta cinta , kita buta agama , kita buta harta , kita buta semuaanyaaaaa .....


Apa-apa pun , aku nak ingatkan , semua Ciptaan Allah , semuanya indah. Takde yang buruk. Belum terlambat untuk kita cari kebahagiaan. Ia mungkin tersembunyi di sebalik segala perihal nafsu2 yang kita inginkan. Cari dan bila dah jumpa , jangan sia-siakan. Bercinta dengan keikhlasan , bukan dengan nafsu.Bercumbu kerana sayang , bukan kerana nafsu. Peluk kerana rindu , bukan kerana nafsu. Dan bila kita suram dan sunyi , pandanglah Bulan dan Bintang. 
Assalamualaikum :)

1 ulasan: