Sabtu, 28 Januari 2012

Tiada Yang Lebih Sempurna Selain Engkau.

"Aku percaya yang kau cinta pertama aku dan kau juga cinta terakhir aku"
Malam-2 aku selepas hubungan kita terpisah , berbeza macam malam-2 bila aku bersama dengan kau. Indahnya waktu itu seperti kau sedang membuai aku dengan alunan lagu yang gemersik.

Dulu , kau ada bagitau aku yang "Hidup I takkan sempurna tanpa you" - Sekarang kau boleh bangga dengan lagak kau dan kau bagitau semua orang yang "Aku boleh cari lelaki lain yang lagi bagus dari dia". Wehh :/ Sepanjang hidup aku , aku takpernah nak benci kau. Kejian kau yang kau bagi dekat aku , aku terima wehh. Kau cakaplah apa yang kau nak. Sikit walau sebesar zarah pun , benda tu takkan buat aku benci dekat kau. 

Aku ingat lagi , time tu , kau marah aku sangat-2 sebab aku tak angkat call kau. Kau maki aku macam-2. Kau cakap aku Curang lah , kau cakap aku ni Jantan Sial , kau cakap aku Lelaki TakGuna. Sebenarnyaa , aku tak angkat call kau sebab aku baru balik dari medical-check-up. Aku buat pemeriksaan jantung. Ada pernah sekali tu , muka aku pucat. Biru gila sebab aku baru main badminton waktu tu. Mummy aku bawak aku pergi hospital. Aku tak sempat capai handphone sebab waktu tu Rush gila. Aku susah nak bernafas waktu tu. Doktor buat pemeriksaan dan doktor cakap aku ada penyakit lemah jantung dan aku takboleh terlalu aktif. Mummy aku risau dekat aku. Bila aku sampai rumah , aku terus terbaring atas katil. Handphone aku letak dalam laci dan aku silent phone tu. 

Esok pagi - Aku bangun , dan aku check handphone aku. Ya Allah Ya Tuhanku! - Aku terperanjat bila aku tengok ada 150 Misscall dari kau. Air-mata aku jatuh waktu tu wehhh. Aku taktahu nak cakap mana lagi. Aku nak call kau , tapi aku takde kredit sebab malam sebelum tu , turn aku call kau dan kredit aku habis malam tu. Aku nak buat Call Me Back puntakboleh. Maxis takbagi. Dengan Nama Allah , bukan niat aku untuk taknak angkat call kau , tapi aku tak larat sangat waktu tu. Aku bukak INBOX - Aku tengok ada satu text dari kau. Aku mula baca .....


"Weh Sial - Apa masalah kau haa? Apa kau pikir aku ni lahanat batu ke? Susah sangat ke nak angkat call aku? Apa masalah kau ni haa? Bukan sekali tau aku call kau. Banyakk kali lahh Gampang! Jantan macam kau ni boleh bawak mati lahh. Perangai serupa anjing faham takk? Dah anjing tuh , anjing jelah! Jangan berlagak kau tu Manusia Lindungan Kaabah. Ada je asalan kau kan? Sorry lah weh - Hati aku dah tertutup untuk kau. Memang kita tidak ditakdirkan untuk kahwin. Kau carilah bohsia yang lagi cantik , lagi meletop dari aku. Yang kau boleh usung sana-sini. Perempuan macam aku ni memang sial kan? Dahlah Zack , kau boleh mati dengan perangai kau. Dasar Anjing Haram! Blah lahh Haram Jadah. Antara kau dengan aku , dah takde apa-2 hubungan lagi! Lupakan aku sebab aku dah lupakan kau okay? Byee!"

Masya-Allah , aku taktahu nak cakap mana lagi waktu tu. Tangan aku menggigil , aku berpeluh-2 sampai basah baju aku , bibir aku takhenti-2 ucap perkataan "I'm Sorry". Aku betul-2 minta maaf dekat kau. Hanya dengan 150 misscall , kita boleh bermusuh sampai macam ni sekali. Takpelah , mungkin waktu tak mengizinkan kita untuk teruskan hubungan. Kau teruskan dengan hidup kau. Aku cuma nak kau tahu yang , kalau aku dah takde dalam dunia ni nanti - Tolong Kenang Aku Dalam Doamu.  Assalamualaikum :/

4 ulasan:

  1. wey ? sumpah ak tak nak hubungan aku berakhir macam ko cakap nie red~takut aku.. hmm..harp ko tabah :(

    BalasPadam
  2. ape pon yang terjadi mesti ade hikmahnyaa... sabarr okayy...

    BalasPadam
  3. patut nye dia tanya sbb apa.. bukan main tuduh jer.... sian kat awak....

    BalasPadam
  4. oh my god !! what the heck wrong with her ???

    BalasPadam