Selasa, 5 Jun 2012

Tatkala Dunia Semakin Tua ...

Assalamualaikum semua. Apek in the house yooo! Korang semua sihat? Dah makan? Bagi yang bercuti tu , kerja rumah dah siapkan dah? Apek harap korang semua buat lah yee. Jangan tangguh2. Setiap perkara kita buat dengan elok dan lancar tautautau? Haha. Entry kalini , Apek nak berkongsi cerita dengan korang semua pasal kisah cinta Apek dulu-dulu. Alahh , biasalah kan dulu-dulu mesti semuanya Cinta Monyet kan? Bagi-bagi surat , siap letak bedak lagi dalam surat tu. Rinduuu sangat waktu percintaan kecil-kecil. Bedak pun guna bedak Baby Johnson je. Tapi sekarang? Semua dah takde kan? Perkara yang kita buat dulu-dulu , semua dah hilang kan? Zaman sekarang , percintaan dia lain. Berbeza dengan dulu-dulu. Kalau dulu , kita jumpa awek kita , pegang tangan pun malu. Nak dekat pun takut. Sekarang , pegang tangan tu jadi salah satu perkara paling senang dalam hidup kita kan? Bahkan , ada yang buat lebih dari tu lagi. Apek selalu tengok dekat mana-mana , remaja kita zaman sekarang berpegangan tangan sesuka hati je . Ada pulak yang bertudung pulak tu. Apek tak cakap diorang teruk , sebab Apek pun buat benda yang sama kadang-kadang. Masya-Allah!


Kawan-kawan , bercinta ni kita tak perlu bersebab. Pernah kan , kalau kita suka seseorang tu , kita mesti tanya "Kenapa you suka I" Bagi Apek , kalau kita suka seseorang tu , kita takperlu ada sebab-sebab tertentu. Selagi kita ikhlas menyayangi , selagi tulah kita kekal. Dulu-dulu , Apek suka tengok air sungai mengalir waktu petang belakang rumah. Ya Allah! Tenangnyaaaa. Kalau boleh , Apek nak sangat kenangan waktu dulu-dulu , dikembalikan sekarang. Tapi Apek tak mampu. Okaylah , cukuplah sampai situ. Rasa janggal pulak asyik guna panggilan APEK.
Kita guna AKU jelah. HAHA!  Kawan-kawan , dalam hidup ni , kita sebagai manusia hidup dengan pelbagai tujuan. Kita nak buat ni , kita nak buat tu. Kita tak puas hati nak buat ni , kita sambung buat yang tu. Manusia banyak kerenahnyaaaaa. Aku tahu , korang yang tengah hangat bercinta tu , mesti happy kan? Sampai makan tak kenyang , tidur tak lena kononnyaa. Tapi ingat , bercinta tu tak semestinya kita patut lupa dengan tanggungjawab kita. Bercinta tu tak semestinya kita perlu peluk orang tu depan orang ramai. Bercinta tu tak semestinya kita perlu cium dia tiap-tiap waktu. 
Itu bukan bercinta namanyaa. Itu BEROMEN. HAHA! Aku tahu , kawan-kawan aku dekat luar sana tu , kemain syiokk bercinta. Kalau boleh nak heboh satu dunia kan? Alah , takpe. Aku faham. Aku pernah rasa apa yang orang lain rasa. 



Aku pernah rasa macam rasanya bila kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayang. Aku pernah rasa macam mana rasanya bila kita luahkan perasaan kita dekat seseorang tu , dan orang tu tak terima kita. Aku pernah rasa macam mana rasanya bila kita berpisah dengan orang yang kita sayang tidak kiralah dengan apa jua bentuk perpisahan sekalipun. Yee , memang betul. Perit rasanyaa kan? Bila kita dah mempunyai orang yang kita sayang , dan kita sayang sangat orang tu , sehinggakan semua perkara dalam hidup ni kita lupakan , dan tiba-tiba orang tu dah takde dalam hidup kita , apa yang kita rasakan cuma kesedihan dan kesunyian. Kalau biasanya ada orang kejutkan kita waktu pagi , ada orang selalu wish kita Selamat Hari Jadi , ada orang selalu teman kita keluar , ada orang selalu buat gila gelak , happykan kita , lapkan peluh kita bila kita berpeluh satu badan , lapkan air mata kita bila kita menangis dan pegang tangan kita bila melintas jalan. Saat macam tu kalau tiba-tiba hilang dari hidup kita , mesti sedih kan? Aku sendiri tak sanggup nak terima kenyataan macam tu. Aku pernah sayang orang tu sangat-sangat. Yee , bagi aku menyayangi orang adalah perkara yang paling mudah dan membenci orang adalah satu perkara yang sangat susah. Itu diri aku dan aku betul-betul ikhlas dengan benda tu. Kebencian terhadap seseorang , takkan membawa sedikit faedah buat diri kita. Dulu , aku selalu call dia , text dia , ajak dia keluar dan macam-macam lagi. Dia seorang yang baik bagi aku. Dia memahami aku , dia tahu macam mana aku gelak , aku jalan , aku bercakap , suara aku dalam phone , cara aku duduk , riak wajah aku bila aku penat. Memang time tu , rasa macam dunia ni indah sangat :( Tapi sekarang , orang tu dah takde dalam hidup. Dia dah pergi jauhh. Jauh sangat :( Aku pun taktahu dekat mana dia sekarang. Aku try call , tak berjawab. Aku text , tak berbalas. Kawan-kawan dia semua senyap. Takde khabar berita dari diorang. Ya Allah! Dia lah satu-satunya yang aku betul sayang. Takpee , aku faham. Memang dalam hidup ni , PERPISAHAN TU ADALAH SESUATU YANG MUTLAK. Kita berjumpa , dan kita berpisah. Itu memang sudah di tetapkan sejak dari azali lagi. Allah SWT tu Maha Adil. DIA dah plan awal-awal apa yang akan berlaku dalam hidup kita. Aku harap , satu hari nanti , aku dapat jumpa dia. Macam orang lain jugak lah kan. Happy sama-sama , tengok wayang sama-sama , makan aiskrim , jalan pegang tangan , redah hujan sama-sama , lapkan comot dekat mulut , bawakkan barang. AMIN~ 


Kawan-kawan semua , hidup ni kita kena tahu apa yang patut kita buat , dan apa yang patut kita tinggalkan. Sebab tu Allah SWT bagi AKAL dekat kita. Supaya kita berfikir. Samalah macam kita bercinta. Kalau kita suka orang tu , kita syok dekat dia , kita jangan pendam. Kita bagitahu dia. Luahkan semuaaanyaaaa. Biar dia tahu yang kita suka dekat dia. Biar dia rimas dulu , atau geli atau taksuka , dengan apa yang kita buat.  Mana tahu dengan izin Allah SWT , orang tu jugaklah yang akan jadi pasangan hidup kita. Insya-ALLAH. AMIN. Sebab tu lah kita gunakan AKAL dan FIKIRAN untuk kita betul-betul fikir dan tentukan , samada orang yang kita suka tu , adalah yang terbaik untuk kita. Cuba kalau kita main booo je orang tu tanpa kita selidik pasal dia , tahu latar belakang dia semua. Apa kita dapat? Paling koman pun , kepala pecah lah kena hentak dengan boypreng/girlpreng dia. HAHA! Sebab tu kalau suka orang tu , kita kena sabar. Dan dalam kesabaran tu , kita perlahan-lahan. Nabi Muhammad SAW sendiri cakap , KESEDERHANAAN ITU SANGAT BAIK. Even dalam TV pun ada cakap kan ,  PANDU PERLAHAN. Haaa , kita takperlu terburu-buru. Slow-slow kita plan , lama-lama dapat jugak. Dulu , kalau orang bercinta , diorang sanggup habis ink pen tulis surat untuk kekasih diorang. Tulis panjang mana pun , berapa helai kertas pun , diorang tetap balas-membalas. And yet , diorang bahagia jugak akhirnya. Zaman sekarang dah berubah. Manusia lebih memandang kepada duit , pangkat dan nama daripada keikhlasan hati dan kesetiaan selamanya. Aku tak cakap orang zaman sekarang ni jahat. Cuma aku pandang dari segi macam mana orang sekarang bercinta kalau nak dibandingkan dengan orang dulu-dulu. Yes , kita semua sama dalam bercinta.  Ada berpelukan , ada bercumbuan. Tak kisahlah. Itu adalah satu persamaan yang kita sendiri boleh tengok pada zaman sekarang ni. Cuma dulu-dulu , kalau nak berpelukan je , bapak awek tu mesti marah bawak senapang macam dalam cerita P.Ramlee. Zaman sekarang punya cara , depan Masjid pun ada yang sanggup buat. WALLAHU'ALAM. Aku tahu , kawan-kawan aku semua ada yang tengah syok gilaaaaa bercintaaaa kannnn? Bestnya korangggg. Aku harap kekal hubungan tu yeeee. AMIN.




Kawan-kawan , pernahkan terfikir , kalau satu hari nanti dunia ni dipenuhi dengan orang yang kita benci dan waktu tu orang yang kita sayang , semua dah pergi dalam hidup kita? Pernah tak terfikir kalau satu hari nanti , segala apa yang kita buat , semuanya di marah , di kritik , di benci , di maki dah di hina. Sebab apa? Sebab hidup kita dikelilingi dengan orang-orang yang kita benci dan yang membenci kita. Masya-ALLAH! Harapharap , takkan terjadilah satu hari nanti.  Hidup ni makin lama , makin singkat. Makin lama , makin tua kita. Makin lama , makin tua DUNIA ni. Manusia pulak , makin lama , makin mengejar duniawi. Makin lama , makin tinggi bangunan dalam dunia ni Makin lama , makin banyak pub-pub , hotel-hotel murah dan kelab-kelab disko dalam dunia. Dan makin lama , makin botak semua tanah , hutan dan makin kering sungai dan laut akibat tindakan manusia yang semata-mata nak bina bangunan tinggi-tinggi , rumah besar-besar yang dalamnya hanya tinggal 2 orang sahaja. Masya-ALLAH! Aku takut sangat waktu tu! Kenapaa perlu macam tu? Aku tahu , zaman sekarang ni , manusia sibukk dengan kerja. Aku tengok kadang-kadang , bilangan manusia di dalam kelab-kelab dan pub-pub murah lebih jauh ramai daripada bilangan manusia di dalam masjid , surau dan juga majlis-majlis ilmu. Aku takcakap diorang tu jahat , keji ataupun taksedar diri. Aku pun tak sempurna macam orang lain. Dan aku tahu , kadang-kadang , aku lupa dengan tanggungjawab aku sendiri.  Aku cuma takut , bila sampai waktunya nanti , kita semua dipanggil oleh Malaikat Maut , aku taknak bilangan sebegitu terjadi sewaktu Malaikat Maut memanggil kita. Aku berdoa agar , waktu tu , umat manusia semua dalam keadaan yang baik dan berada sebaik-baiknya di masjid dan di mana-mana sahaja rumah Allah SWT. AMIN!! 


SEKIAN. ASSALAMUALAIKUM