Ahad, 29 Julai 2012

Aku Tahu Kau Rasa Apa Yang Aku Rasa

Cinta? Apa benda tu? Adakah ia satu perasaan dalaman dalam diri kita yang sering memberi kita kebahagiaan , kesengsaraan dan kadang-kadang tangisan? Ataupun ia satu illusi diri yang hanya dapat kita rasa , bila kita tengok orang lain bercinta tapi kita tidak? Itu ke cinta? Cinta ni kadang-kadang menyakitkan? Cinta ni kadang memberi kita kebahagiaan yang kita tak pernah dapat dalam hidup kita? Cinta ni kadang-kadang membutakan kita sampai ada yang cucuk garfu ke dalam mata mereka? Masing-masing ada persepsi sendiri pasal cinta. Aku sendiri takboleh nak senang-senang menidakkan persepsi segelintir orang. Aku takde hak. Hm , dalam dunia ni , memang semua orang nak bercinta. Bila ada cinta , baru ada kahwin. Bila ada kahwin , baru ada anak. Bila ada anak , rumah pun tak sunyi. Tapi bila cinta tu di salah gunakan , bukan kebahagiaan yang datang , tapi kesengsaraan. Sanggup ke sengsara semata-mata sebab cinta kita buat orang yang tak layak untuk kita. Sanggup mata bengkak semata-mata sebab orang yang tak reti nak hargai kita? Sanggup ke? Sanggup ke menanggung sengsara diri semata-mata kerana orang yang tak pernah nak kenal erti cinta dan sering mempergunakan kita untuk kebaikan diri dia sahaja. Sanggup ke? Fikir sendiri. 


Kawan-kawan , tak semua yang kita nak dalam dunia ni , boleh jadi kenyataan. Tak semua orang yang kita sayang dalam dunia ni , boleh sayang kita balik. Tak semua orang dalam dunia ni boleh suka dengan kita. Tak semua orang dalam dunia ni , berpuas hati dengan pandangan kita. Tak semua orang dalam dunia , senyum dengan tujuan untuk menutup sengsara. Tak semua orang dalam dunia ni , main game PS3 semata-mata game tu seronok. Tak semua orang dalam dunia ni tidur beralaskan bantal. Pernah kan korang terfikir , "Kalau aku takde dalam dunia tanpa seseorang pun menyayangi aku , mesti ketiadaan aku langsung tidak memberi apa-apa kesan dekat semua orang" Pernah kan? Pernah kan korang terfikir , "Aku buat semua benda salah. Buat benda baik salah , buat benda buruk dah terang-terang salah. Lebih baik aku mati. Takde nak susahkan siapa-siapa" Pernah kan? Pernah kan korang terfikir jugak , "Bila aku bangun pagi je , hampir setiap hari aku buat benda yang sama. Aku bangun pagi , aku bukak tingkap rumah , aku pergi dapur , aku bukak peti ais , aku makan , aku tengok TV , aku lepak dengan kawan , aku buat homework , aku tidur , dan aku buat benda yang sama pada hari seterusnya. Aku nak sesuatu yang baru!" Pernah kan? See! Sudah terang lagi bersuluh , manusia ni takkan pernah senang dan puas hati dengan apa yang dia ada. Macam tu jugak lah cinta. Kalau kita bercinta dengan seseorang yang terlalu menyayangi kita , yang sangat mencintai kita , kita rasa dunia ni hanya untuk mencintai orang yang tersayang. Bila cinta kita ni di mainkan , di rosakkan , di pergunakan , kita rasa nak capai pisau pemotong sayur , dan tusuk ke dalam perut kita supaya kita takpayah nak sengsara sebab cinta lagi. Ada jugak yang sanggup menduakan cinta. Cinta dengan orang ni , cinta dengan orang tu lah. Kenapa perlu jadi macam ni? Kan aku dah cakap , manusia tak pernah nak senang dan puas hati dengan kesenangan yang ada. 


Sewaktu bercinta , bukan main rancak lagi. Gembira tak terkata. Sampai ada keluar istilah "Makan tak kenyang , tidur tak lena , mandi tak basah" Sampai macam tu sekali. Aku sendiri pun pernah rasa benda yang sama. Aku ada kenal dengan seorang makhluk Allah SWT ni. Dia seorang yang baik. Kadang-kadang sengal jugak. Aku happy dapat kenal dengan dia. Dia sangat baik dan peramah. Aku pernah sukakan dia , pernah menyayangi dia. Tu dulu-dulu. Tapi sekarang dah takde dah. Semua perasaan tu dah hilang. Aku tak tahu pergi mana dah. Aku selalu jugak intai dia dalam diam-diam. Waktu aku suka dia dulu , aku rasa gembira yang teramat sangat. Taktahu nak cakap macam mana lagi dah. Dia layan aku baik. Tapi bila dapat tahu dia dah berpunya , aku taknak kacau dia. Biarkan dia dengan hidup dia. Biarkan dia dengan kisah cinta dia. Aku langsung takde hak nak kacau. Sekarang ni , aku cuma boleh tahan perasaan rindu ni dan aku tahu , satu hari nanti , kalau ada kesempatan , aku mungkin dapat memiliki dia. AMIN! Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa aku rindunya aku dekat dia. 


"Bila kita bercinta , kita perlukan bunga ros yang merah menyala untuk girlpreng kita. Bila kita bercinta , kita perlukan coklat Fererro Rocher untuk malam canderlight dinner dengan boypreng kita. Bila kita bercinta , kita kena hadiahkan jam tangan Rolex yang mahal-mahal untuk kekasih hati kita" Sesetengah orang cakap macam tu. Diorang beranggapan , cinta ni memerlukan kemewahan dan duit yang banyak untuk bahagia. Diorang menggunakan duit sebagai satu simbol di mana cinta itu boleh bahagia kalau duit keliling pinggang. Aku tak faham kenapa perlu ada semua tu? Kenapa perlu gunakan duit sebagai satu aset untuk meraih kebahagiaan? Kalau kebahagiaan tu dah takde , apa nak buat? Nak pergi rompak bank , curi semua duit dalam tu , lepas tu hadiahkan dengan kekasih hati? Nak rompak beg tangan orang , lepas tu ambil semua baran dalam tu , dan hadiahkan untuk kekasih hati? Macam tu konsep cinta? Bila dah kena kejar dengan polis atau pihak berkuasa , diri di tangkap , meringkuk dalam penjara , takde siapa nak tolong , baru waktu tu nak sedar yang cinta ni bukan semata-mata kerana duit? Macam tu? Bila dah kena tembak dekat dada , berdarah-darah , baru waktu tu nak ingat Allah SWT? Macam tu? Kenapa perlu macam tu? Manusia sendiri tak reti nak menghargai cinta , tak reti nak memahami cinta , and at last they are blaming Allah SWT for not giving them a happinness of a life time. Why must be like this? Kalaulah duit tu boleh beli cinta , boleh beli kebahagiaan , alamatnya , akan lagi ramai lah yang akan cucuk mata dengan  garfu.

Kepada semua pembaca , aku harap dengan Entry kalini , korang dapat faham konsep cinta dan kebahagiaan. Kalau kita betul-betul cinta , kita takkan mempergunakan cinta. Aku bukan nak berlagak jiwang atau apa-apa sahaja , aku cuma memberi peringatan. Aku harap , kita semua sedar , cinta tu bukan satu benda yang boleh buat main-main.